Connect with us

Resepi

Gebu Dan Sedap Resepi Kek Buah Kukus

Published

on

Kek Buah Kukus merupakan kek lama yang tak pernah lapuk dek zaman. Buktinya, masih ada yang menyukai kek ini dan membuatnya sampai sekarang.

Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di dapur dan salah satunya ialah resepi Kek Buah Kukus.

Maz Abdul telah kongsikan resepi Kek Buah Kukus di Facebook dengan hasil yang cukup mengagumkan. Jom kita cuba!

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bahan A:

  • 1½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air panas
  • 250g (1 buku) butter
  • 350g mix fruit

Bahan B:

  • 325g tepung gandum (anggaran 2½ cawan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)

Bahan C:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh perisa oren

Cara-cara menyediakan bahan A:

1. Panaskan gula dalam kuali sehingga berwarna perang gelap (guna api kecil).

2. Masukkan air panas perlahan-lahan dan masak semula sehingga gula larut.

3. Masukkn butter dan kacau sehingga butter cair.

4. Masuk pula mix fruit, masak sehingga mendidih, angkat dan biarkan suam.

Cara-cara menyediakan bahan B:

1. Ayak bahan-bahan sebanyak 3 kali.

2. Masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga rata.

Cara-cara membuat kek buah:

1. Pukul telur sehingga kembang berbuih, masuk dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata.

2. Boleh tambah 2 sudu besar sunquick jika suka.

3. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper (jika guna acuan plastik, sapu minyak saja).

4. Tutup loyang dengan plastik atau aluminium foil supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek.

5. Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.

6. Kukus kek selama 2 jam.

7. Sejam yang pertama, kukus guna api sederhana, kemudian sejam yang kedua, guna api kecil.

8. Akhir sekali, tunggu sejuk baru potong. Siap untuk dinikmati!

Kami yakin anda akan puas hati dengan hasil daripada resepi Kek Buah Kukus ini. Bukan setakat terlebih lembap, malah rasa campuran buah-buahannya kena dengan citarasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Maz Abdul

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Tak Perlu Bakar Resepi Strawberry Cheesecake Menu Minum Petang Yang Sedap

Published

on

Bagi peminat cheesecake dan strawberi, anda pasti akan suka Strawberry Cheesecake. Boleh juga digantikan dengan topping atau perisa yang lain, resipi tetap sama. Bila dimakan sejuk-sejuk, rasanya seperti makan aiskrim.

Resipi ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais sahaja. Cheesecake ini sangat lembut, creamy dan tak muak rasanya.

RESEPI STRAWBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 250g biskut Digestives Original
  • 2 sudu besar castor sugar
  • 100g unsalted butter, dicairkan
  • 400g whipping cream Emborg
  • 500g cream cheese Philadelphia (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon (boleh sesuaikan dengan cita rasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (concentrated)
  • 1 1/2 keping gelatine sheets
  • 45ml air sejuk
  • 2 ketul ais

Ready-to-use Fruttose Strawberry topping (atau pilihan topping lain seperti Blueberry, Mango, Raspberry, Mixed Berry)

Cara-cara:

1. Masukkan biskut Digestives Original ke dalam zip bag dan hancurkan menggunakan rolling pin (tekstur hancuran akan berbeza jika menggunakan food processor).

2. Dalam mangkuk, campurkan biskut yang telah dihancurkan, 2 sudu besar castor sugar dan 100g unsalted butter yang telah dicairkan.

3. Sediakan loyang pilihan dan alas dengan baking paper. Ratakan campuran biskut dalam loyang dan tekan dengan bahagian bawah gelas bulat sehingga padat. Sejukkan dalam peti ais.

4. Potong kecil 1 1/2 keping gelatine sheets dan rendam dalam 45ml air sejuk bersama 2 ketul ais selama 10-30 minit.

5. Pukul 400g Whipping Cream Emborg sehingga mencapai stiff peaks, kemudian simpan dalam peti ais.

Pukul satu persatu bahan berikut sehingga sebati:

  • 500g cream cheese Philadelphia (softened pada suhu bilik)
  • 80g sour cream (pilihan)
  • 145g gula kastor
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla

6. Panaskan rendaman gelatine sheets dalam microwave selama 15 saat, kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese.

7. Kaup balik whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam campuran cream cheese sehingga sebati.

8. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang berisi biskut dan ratakan.

9. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

10. Selepas kek sejuk, keluarkan dan tuangkan topping Fruttose Strawberry (atau topping pilihan lain).

Untuk mendapatkan potongan kek yang kemas, pastikan setiap potongan menggunakan pisau yang direndam dalam air panas.

Kredit: Nur Aisyah

Continue Reading
Advertisement

Trending