Connect with us

Tips Dan Petua

Elakkan Bancuh Susu Formula Dengan Air Mineral Jika Sayangkan Anak

Published

on

Elakkan Bancuh Susu Formula Dengan Air Mineral Jika Sayangkan Anak

Semua ibu mahu berikan susu yang terbaik kepada bayi mereka. Ramai yang tahu tentang kebaikan susu ibu berbanding susu lain yang ada di pasaran. Namun, tidak semua ibu berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu atas sebab-sebab tertentu.

Sudah tentu susu formula menjadi pilihan kedua sebagai sumber makanan awal bayi usia bawah 6 bulan. Susu formula bukanlah disteril! Ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penya kit serius di kalangan bayi.

Mematuhi kaedah penyediaan dan penyimpanan susu formula dengan betul, dapat mengurangkan risiko bayi diserang penya kit.

Beberapa perkara berikut mesti dipatuhi oleh para ibu bapa semasa menyediakan susu formula untuk bayi.

ARTIKEL LAIN : Campur 2 Bahan Ini Buat Spray, Satu Rumah Bau Wangi

1. Sentiasa sediakan susu formula yang baru setiap kali hendak beri anak minum.

2. Jangan sediakan awal dengan alasan mudah hendak diberi bila anak menangis mahu susu. Ini kerana penyediaan susu formula lebih awal menyediakan keadaan sesuai untuk bak teria berkembang terutama jjika di simpan dalam suhu bilik.

3. Sekiranya anda mahu menyediakan awal untuk digunakan kemudian, ia perlu dibuat mengikut sukatan sekali minum dalam satu botol, biarkan dalam suhu normal kemudian baru simpan dalam peti ais (suhu tak lebih daripada 5 ℃)

4. Buang susu yang disimpan dalam peti ais sekiranya tidak digunakan dalam masa 24 jam.

Ada ibu yang memilih untuk menggunakan air mineral sebagai air bancuhan susu formula anak kerana berfikiran ia lebih berkualiti berbanding air paip di rumah. Benarkah?

Menurut UK Department of Health, air mineral semula jadi boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut lebih tinggi seperti nitrat, natrium, fluorida dan sulfat yang mungkin menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi.

Manakala air paip yang diminum setiap hari (dimasak terlebih dahulu) hanya mengandungi klorin dan fluorida – semua mineral dikeluarkan ketika proses rawatan. Bagaimanapun, komposisi air mineral telah berubah – mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya.

Jabatan Kesihatan tersebut menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label dan mengelakkan daripada menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai ‘air mineral semula jadi’ kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol.

Kesimpulannya air mineral tidak sesuai digunakan dalam membancuh susu formula bayi disebabkan kandungan mineral mungkin membebankan buah pingggang bayi.

Sementara air minuman dibotolkan yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawaian asas sama seperti bekalan air paip yang sesuai diberi kepada bayi semasa menyediakan susu formula mereka.

Risiko kesihatan kepada bayi jika buat susu guna air mineral

Kandungan mineral terlalu tinggi memberi risiko kepada bayi. Pada tahun 1994, Weaning and the Weaning Diet, Jabatan Kesihatan UK mengeluarkan kenyataan:

“Pengambilan sodium berlebihan tidak diperlukan terutama pada bayi.”

Kandungan nitrat yang tinggi dalam air adalah salah satu punca masalah methaemoglobinaemia di kalangan bayi.

Kandungan nitrat dan sulfur yang tinggi ada dalam air mineral semula jadi. Para sulfat yang tinggi iaitu 400 – 500 miligram per liter berisiko seperti julap (menyebabkan pergerakan usus berlebihan) terutama pada kanak-kanak.”

Air mineral semula jadi boleh mengandungi jumlah fluorida yang berbeza dengan tahap tinggi yang tidak sesuai sebagai sebahagian daripada diet bayi.”

Sumber : majalahpama.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending