Connect with us

Tips Dan Petua

DIY Tandas Lama Jadi Baru Ikut Kaedah Ini Confirm Puas Hati Modal Rendah Dan Jimat

Published

on

DIY Tandas Lama Jadi Baru Ikut Kaedah Ini Confirm Puas Hati Modal Rendah Dan Jimat

Assalamualaikum semua, nak share dgn kawan2 yg nak makeover toilet lama dengan bajet ciput. Kalau nak tukar tiles baru, confirm harga ribu2. Jadi kami makeover dgn mengecat + wallpaper. Jimat duit. Tapi of course tukar tiles lebih tahan lama. Idea ni bagi mereka yg nak cepat dan kekurangan bajet seperti kami.

Step 1

Cari protective coatings macam gambar ni. Campurkan dua bahan ni then terus sapu ke tiles. Tiles akan jadi sticky dan melekit seperti gam.

ARTIKEL LAIN : Kerja Asas Kena Tahu Kalau Nak Cat Sendiri Dinding Rumah

Step 2

Lepas dah sapu coating tadi, sapu cat macam biasa. Ikut lah nak warna apa pun. Belah kiri cat untuk lantai warna dark grey, tong kanan cat putih untuk tiles dinding. Kami pakai lebihan cat rumah tahun lepas.

Tunggu cat kering ye.

Step 3

Lepas cat dah kering, last sekali sapu sealer ni. Tujuannya supaya cat tak mudah tercabut. Sapu 2,3 kali pun takpa. Then last skali yang bercorak tu kita tampal wallpaper. Siap!

SEBELUM : Toilet rumah lama je, yang mana ade lubang-lubang tu boleh tutup dulu dengan cement grout warna putih.

SELEPAS : Tadaaa..rupa bila dah di cat. Lantai dan dinding cat, yang bercorak tu wallpaper.

Cantik kan?

Sumber : Khairunnisa Baharin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Published

on

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending