Connect with us

Umum

“Dah Tahu Single, Duduk Situ Kenapa” – Kan dah murvng Tepi Tiang

Published

on

“Dah Tahu Single, Duduk Situ Kenapa” – Kan dah murvng Tepi Tiang

Setiap hari pelbagai karenah dan telatah yang dikongsikan di media sosial mengenai haiwan yang jinak. Sekarang ini bukan sahaja kucing sahaja yang menjadi tontonan utama netizen tetapi haiwan lain pun sama.

Kalau dulu kucing yang banyak menghiasi media sosial tetapi sekarang ini banyak lagi haiwan lain yang turut menjadi pilihan penggemar haiwan peliharaan. Terkini sebuah video telah viral di aplikasi Tik Tok iaitu mengenai seekor monyet yang kesepian.

Seperti yang kita semua tahu, monyet selalu bergerak bersama kawanan yang mempunyai lebih dari beberapa ekor monyet dan ada juga monyet yang mempunyai pasangan mereka dalam kawanan tersebut.

Video yang dirakam itu adalah rakaman seekor monyet yang kesepian di atas tiang jambatan sambil melihat kawan-kawannya yang lain ada pasangan masing-masing bermain di atas jambatan itu. Dah tahu “single” kenapa duduk situ kan, kan dah murung je tepi tiang itu. Sedih je nampak muka tu kan.

VIDEO KLIK DISINI

Apabila diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet tergelak dengan apa yang dialami oleh monyet itu dan ada juga yang meninggalkan komen “

Komen Netizen:

Sumber : https://www.tiktok.com/@knewbii.media

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Published

on

Cara Masak Lala Pedas Yang Sedap, Guna Tip Ini Supaya Lala Terbuka Senang Nak Makan

Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.

Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.

Cara buat lala masak pedas yang sedap

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk besar lala
  • 3 tangkai cili besar merah
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai -diketuk
  • Sos tiram
  • Serbuk Cukup Rasa

Cara membuat

1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.

2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.

3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.

4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.

5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.

6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.

7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.

Selamat mencuba

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending