Connect with us

Tips Dan Petua

Dah Puas Buat Macam-macam Cara, Sudahnya Ini Juga Paling Berkesan Nak Tangkap Cicak

Published

on

Dah Puas Buat Macam-macam Cara, Sudahnya Ini Juga Paling Berkesan Nak Tangkap Cicak

Binatang yang agak payah nak mati walau guna spray, melainkan kena bunuhnya dengan DIY perangkap cicak. Tip ini sebenarnya sudah dipraktik oleh seorang wanita, Puan Alosnida Musa. Nampak gaya, macam banyak cicak akan jadi mangsa kalau guna caranya…Ok, jom tengok dulu apa bahan yang perlu ada kat rumah sebelum buat projek tangkap cicak!

Alahai banyaknya cicak ni dan yang paling tak tahannya, buang najis bersepah, musyukk yakmattt. Kalau terpijak, rata pulak najis satu rumah.Dah puas spray dengan berbagai bahan, letak macam-macam umpan tapi tak jalan.

Nak menghalaunya memang satu kerja yang sukar, silap hari bulan diberaknya kita,tup tup kena atas hidung.Jom, kita buat perangkap cicak. Mudah dan murah jer nak buat perangkap cicak ni

Tip Tangkap Cicak

ARTIKEL LAIN : Cara Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet Dapur Cuma Letak Bunjut 4 Jenis Rempah Ini

Alat dan bahan:

  • Botol plastik kosong
  • Kapas muka
  • Air paip
  • Gula (boleh ganti dengan susu pekat manis- cicak suka benda manis2 kan)
  • Minyak masak

Cara membuatnya:

  1. Potong botol air di bahagian atas.
  2. Letakkan kapas muka di bahagian bawah botol.
  3. Masukkan gula pasir.
  4. Masukkan air.
  5. Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi.

  • Letakkan semula bahagian atas botol dengan cara menterbalikkannya.
  • Siap untuk guna.

Dengan melihat pada gambar ini, korang boleh tahu cicak tersebut akan masuk ke dalam botol dan tak boleh keluar sebab botol licin kerana di sapu minyak masak.

Nota:

Semasa nak letak perangkap ni, pastikan muncung tu betul-betul melekat di dinding, biar cicak boleh lalu terus dari dinding, tampal guna selotep pun boleh ya .Mudah bukan? Cara begini lebih senang dari mengejar cicak untuk di spray atau dilastik dengan getah.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Petua Berkesan Untuk Halau Ular & Serangga Dalam Rumah!

Sumber : Puan Alosnida Musa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending