Connect with us

Tips Dan Petua

Craving Ayam Madu Bakar Pasar Malam? Hanya Guna 4 Bahan Je Resipi Ini

Published

on

Craving Ayam Madu Bakar Pasar Malam? Hanya Guna 4 Bahan Je Resipi Ini

Dah lama tak jejak kaki ke pasar malam sejak pandemik dua tahun lalu. Min pun dah lama craving nak makan ayam madu bakar.

Tapi nak jejak kaki ke pasar malam leceh pula nak bersesak dengan orang ramai kan.

Jadi min nak kongsikan resipi ayam madu bakar yang mungkin korang dah rindu nak beli di pasar malam. Jom buat~

Resipi Ayam Madu Bakar Ala Pasar Malam

Bahan-bahan:

  • Serbuk cili Babas
  • Garam
  • Gula atau madu (bagi yang kemampuan boleh guna madu)
  • Ajinomoto (jika mahu)

Cara-cara penyediaannya:

1. Campurkan kesemua bahan bersama sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan pes.

2. Gaul ayam bersama pes yang dibuat tadi.

3. Kemudian, bakar separa masak celupkan semula dalam perapan tadi untuk ayam kelihatan berkilat dan tidak kering.

Senang je kan? Budak-budak pun mesti bertambah nak makan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nurul Alieya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Published

on

Rahsia Buat Kuih Siput Yang Terlajak Gebu, Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Kuih Siput merupakan salah satu kuih yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa yang tak suka kuih manis, sesuai sangat buat kuih ini.

Kalau ada yang nak cuba buat nanti, jangan lupa guna resipi ni tau. Sebab ada rahsia nak buat kuih siput supaya lebih gebu dan sedap.

RESIPI KUIH SIPUT YANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mentega cairkan (Tips kalau suka gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)
  • 1 cawan air (letak sekali dengan garam )
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan serta air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.

2. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.

3. Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Selamat mencuba ya!

Kredit: Fatin Harnita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending