Connect with us

Tips Dan Petua

Cicak Banyak Dalam Rumah Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Memang Berkesan

Published

on

Cicak Banyak Dalam Rumah Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Memang Berkesan

Masalah pembiakan cicak di dalam rumah boleh membuatkan sesiapa sahaja runsing. Mana tidaknya, setiap sudut di dalam rumah dipenuhi dengan najis cicak dan berbau busuk. Bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah, risau pula kalau anak-anak sentuh najis atau telur cicak dan masukkan ke dalam mulut kan? Jadi, ini adalah 10 cara untuk hilangkan cicak di dalam rumah dengan berkesan!

10 cara nak elakkan cicak berkampung dekat rumah kita

  • 250ml air biasa (air paip)
  • 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
  • 3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
  • 1 sudu plastik dettol

ARTIKEL LAIN : Cacing Di Bilik Air Buat Kita Geli, Ini Cara Mudah Hilangkan Memang Berkesan

1. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.

2. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :

-letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha

-lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ni. Memadai letak seketul dua kat tempat masuk cicak.

3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.

4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu haha

5. Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang-barang.

6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

7.Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

8. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) utk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam hani hahaha hani tak berani buat ni.

10. Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.

So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah.

ARTIKEL LAIN : Bantal Kotor Dan Berbau Cuci Guna 3 Bahan Ini Mudah Confirm Putih Bersih

Semoga bermanfaat.

Sumber: Hani Mynis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending