Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Untuk Membuat Air Cendol Dengan Mudah, Puas Makan Sendiri. Sedap & Pekat!

Published

on

Cara Untuk Membuat Air Cendol Dengan Mudah, Puas Makan Sendiri. Sedap & Pekat!

Setiap kali makan cendol di kedai, mesti rasa tak cukup bukan? Tambah pula dengan cuaca yang panas sekarang, hirup air cendol yang sejuk sememangnya kenikmatan yang tiada tandingannya!

Jadi, apa kata anda buat sahaja cendol di rumah tetapi tetap sedap dan pekat. Bila buat sendiri barulah puas nak minum bermangkuk-mangkuk pun kan?

Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok.

Cara Untuk Membuat Air Cendol Dengan Mudah

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake Yang Gebu & Sedapnya

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 kg Cendol segera.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 tin santan pekat.
  • Secubit garam.
  • Gula melaka /Gula merah secukupnya.
  • Ais secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  • Nak lebih padu pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
  • Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah 1 kepada 1).
  • Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
  • Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
  • Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.

Senang je rupanya. Tapi rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap. Nanti korang try la juga k.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Peminat Sagu Gula Melaka Nak Dapat Efek 3 Layer, Macam Ni Caranya

Sumber: Shida Ambok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending