Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake Yang Gebu & Sedapnya

Published

on

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake Yang Gebu & Sedapnya

“Panas-panas macam ni sedapnya kalau pekena coconut shake…” Siapa tak suka dengan coconut shake kan? Rasanya yang lemak manis, dimakan pula masa tengah panas.

Fuh, memang sejuk tekak dibuatnya. Satu masalah nak cari coconut shake ni bukannya ada dijual di semua tempat. Kalau kita buat sendiri, ada lebih tu tak dapat nak simpan lama.

Jadi bolehlah cuba olahkan aiskrim Malaysia dengan perasa coconut shake yang marvelous hasil perkongsian saudari Norhafiza Othman.

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya di bawah ini.

BAHAN-BAHAN

  • Air kelapa serta isinya
  • Air kosong
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Gula ikut kesesuaian
  • Secubit garam
  • Ovalette 2 sudu besar
  • Tepung jagung sesenduk (bancuh dan tapis)

*Sukatannya tak perlu risau boleh agak-agak sendiri. Biasanya masa beku nanti jadi tawar sikit.

CARA-CARA

1. ASINGKAN ISI KELAPA

Mula-mula kita asingkan isi kelapa. Kalau boleh isi kelapanya janganlah terlalu muda. Nak elok lagi buangkan yang warna coklat-coklat tu. Tapi kalau malas tak kisah, sedap jugak. Bila dah siap asingkan isi, basuh bersih dan toskan.

2. KISAR ISI KELAPA

Isi tadi kita blendkan dia. Tak payah terlalu hancur, supaya nanti bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa!

3. KISAR BAHAN LAIN

Lepas tu ambil satu bekas lain untuk campurkan air kelapa, air, susu cair, susu pekat, garam, gula. Gaulkan dulu sampai sebati. Seterusnya kita ambil sedikit campuran air ini untuk diblendkan dengan ovalette. Kisar lama sikit bagi cantik gebu.

4. MASAK ATAS API

Kemudian dah bolehlah masak kejap atas api. Pastikan periuk yang digunakan bebas bau bawang atau cili ya. Nanti dibuatnya aiskrim bercampur rasa gulai semua tak sedaplah kan?

Ok sambil masak tu boleh ambil tepung jagung dan bancuh dengan air. Tapiskan dan masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Pastikan kacau selalu, kalau tidak hangit bahagian bawah jadi macam dalam gambar ni. Tapi tak apalah, sedap punya pasal sayang nak buang.

5. Sejukkan & Isi Dalam Plastik

Sejukkan sekejap dan bolehlah diisikan ikut kerajinan anda. Kalau nak lagi gebu, sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan. Guna pula mixer dan putar sampai lagi gebu.

SIAP!

Beginilah hasilnya. Memang sedap, asyik nak buka peti ais je jawabnya bila buat aiskrim Malaysia versi coconut shake ni.

Bukan kata musim panas, musim hujan pun laku! Tak percaya, kena cubalah. Senang dan ringkas sangat. Jimat pulak tu berbanding kalau kita beli coconut shake di luar. Boleh makan sampai puas. Memang melampau sedapnya!

Semoga bermanfaat buat semua.

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dadih Susu Full Cream Yang Sedap Berkhasiat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending