Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Tanam Bayam Dalam Besen 4 Segi, Bayam Naik Gemuk Tanpa Perlu Alih Anak Pokok

Published

on

Cara Tanam Bayam Dalam Besen 4 Segi, Bayam Naik Gemuk Tanpa Perlu Alih Anak Pokok

Pokok bayam merah mudah ditanam dan cepat dituai. Ia mengandungi pelbgai khasiat kesihatan. Pokok bayan merah boleh dituai serentak dengan cara mencabutnya atau memotong bahagian pucuknya untuk tuaian berulang kali.

Kaedah tanam terus dalam besen ini, Tak perlu beli pasu atau bekas khas, hanya besen empat segi pun menjadi. Boleh mulakan dengan tanam sayur bayam, kangkung dan sebagainya.

Kalau baru nak mula bercucuk tanam di rumah dan mencari cara yang mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Kamarul Izzudin ini.

Tanam Bayam Dalam Besen

ARTIKEL LAIN : Kaedah Tanam Pokok Kesum Cepat Subur, Tak Sampai 24 Jam Dah Nampak Hasilnya

Aktiviti petang, tanam bayam lagi. Semalam masuk kedai RM2, beli besen 4 segi, tebuk lubang dah boleh tanam sayur. Lagi 6 minggu boleh dah berkira-kira kutip.

Sayur yang ditanam dalam besen ini tak perlu alih anak pokok. Biar terus dalam besen, 6 minggu dah boleh kutip hasil.

Cara-caranya:

1. Tanam bayam terus dalam besen empat segi ini.

2. Lepas buat lubang bawah besen, masukkan tanah dan buat jalur/longkang.

3. Tabur biji benih, untuk elak anak benih tumbuh padat boleh gaul dengan pasir dulu. Saya tabur terus sambil gerakkan jari.

4. Siram dan tutup besen dengan kertas kotak. Tujuan tutup untuk kurangkan kadar kehilangan air dari tapak semai, siram juga kotak bagi lembap, biji cepat sikit nak bercambah.

5. Bila anak pokok dah naik tinggi satu jari, tambah sikit tanah lagi kiri kanan.

6. Jalur/ longkang yang ada nanti di situlah kita tabur baja.

Hasilnya…Selain bayam boleh juga tanam kangkung atau sawi ikut cara ini.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

ARTIKEL LAIN : Ini Caranya Tanam Lada Benggala Beli Di Pasar, Ambil Biji Benih Untuk Tanam Sendiri.

Sumber: Kamarul Izzudin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending