Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Simple Buat Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Published

on

Cara Simple Buat Bihun Goreng Siam, Nak Sedap Wajib Letak 2 Bahan Ini

Resepi bihun siam ini sangat mudah dan simple, namun rasanya memang sedap.

Bihun siam agak berbeza dengan bihun biasa yang selalu kta masak kerana bahan utama yang perlu ada untuk menghasilkannya adalah taucu dan udang kering. Tak ada dua bahan ini memang tak lengkap!

Jika anda ingin tahu rasa sedap bihun siam bagaimana boleh ikuti resepi perkongsian di bawah ini

RESEPI BIHUN SIAM MUDAH DAN SEDAP

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Tipnya Kena Letak 2 Sudu Bahan Ini

BAHAN-BAHAN :

  • 3/4 pek bihun
  • 250g udang segar
  • 3 keping tauhu pok – dihiris
  • Daun bawang atau daun kucai
  • Garam, serbuk cendawan – untuk perasa
  • Telur rebus
  • Limau kasturi

BAHAN KISAR :

  • 2 biji bawang merah saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 bili cili merah
  • 2 sudu besar udang kering – direndam
  • 2 sudu besar taucu cili manis
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 sudu besar air

CARA-CARA MEMASAK :

  1. Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali.
  2. Tuangkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar hancur. Tumis sehingga naik bau dan bertukar warna.
  3. Masukkan udang dan kacau sehingga hampir masak. Kemudian masukkan pula tau pok.
  4. Gaul sehingga semuanya sebati. Kaup dan letakkan di dalam pinggan, ketepikan seketika.
  5. Guna kuali yang sama, masukkan 1/4 cawan air, biarkan mendidih.
  6. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam sehingga lembut. Gaul sehingga sebati.
  7. Seterusnya masukkan garam dan serbuk cendawan secukup rasa.
  8. Masukkan taugeh serta tumisan udang dan tau pok tadi. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
  9. Akhir sekali taburkan daun kucai atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Tips Masak Mi G0reng Sedap. Bawang Putih Kena Lebih & Tuang Sedikit Bahan Ini

Sumber/Foto : Emily Voo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending