Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kenduri, Guna Beras Biasa Saja

Published

on

Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Kenduri, Guna Beras Biasa Saja

Dalam bulan Syawal ini kita memang sentiasa kena sedia dengan kehadiran tetamu yang datang beraya. Menu untuk jamu tetamu pun elok juga dah ada dalam fikiran supaya senang nak masak nanti.

Salah satu yang boleh kita hidangkan adalah nasi hujan panas! Guna beras biasa pun boleh, hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.

Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.

Cara Ringkas Masak Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah

ARTIKEL LAIN : Teknik Masak Pulut Tanak Supaya Menjadi Cantik, Tak Patah & Berkerak. Kena Letak Air Banyak Dulu

Bahan-bahan:

  • Beras-cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
  • Air (ikut sukatan beras)
  • 1 biji bawang besar -dikisar
  • 3 ulas bawang putih -dikisar
  • 1 inci halia -dikisar
  • 3 sudu makan -butter atau marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
  • Daun pandan
  • 1 batang serai diketuk
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau, kuning & merah

Cara membuat

  • Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair dan beras
  • Tambahkan air & garam.
  • Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
  • Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu

 

Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan:

  • 10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
  • 2 biji bawang besar -dikisar
  • 5 ulas bawang merah -dikisar
  • 3 ulas bawang putih -dikisar
  • 1 inci halia
  • 1biji bawang besar -dihiris
  • 2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
  • Asam keping
  • Gula garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
  • Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
  • Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam

Acar Timun

Bahan-bahan

  • 2 biji timun
  • Sedikit kubis -dihiris
  • Lobak merah -hiris
  • Cili padi -dihiris
  • Bawang besar 2 biji -dihiris
  • Sedikit pewarna kuning (optional)
  • Cuka 1 senduk kecil
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit air

Cara membuat:

  • Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Guna Santan Kotak Buat Masak Nasi Lemak Ini Kaedah Betul Baru Hasil Wangi Dan Masak Sekata

Sumber: Raja Amanina

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending