Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup, Barulah Pokok Cepat Besar

Published

on

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup, Barulah Pokok Cepat Besar

Daun sup merupakan antara tanaman yang mudah untuk ditanam dan wajib ada di rumah. Sesuai ditabur di dalam masakan sup, kami kongsikan cara mudah menanam pokok daun sup yang dikongsi oleh saudara Abdul Sapawi Abdullah.
Menariknya cara ini kerana anda tidak perlu menggunakan biji benih, hanya guna keratan batang pokok daun sup yang berakar.

Cara Tanam Pokok Daun Sup

ARTIKEL LAIN : Tips Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Lebih Mudah Hasil Menjadi

1.Pastikan pokok daun sup yang dibeli itu daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun.

2.Semai di dalam cocopeat (sabut kelapa). Pastikan anda basahkan (1000 ppm baja AB) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini kerana batang daun sup sensitif air dan akan membusuk bila terendam di dalam air.

3.Letak di tempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan media tanaman kering dan akhirnya pokok akan mati.

Bila pokok daun sup anda menjadi, bolehlah guna untuk kegunaan dapur terutamanya bila nak masak sup.

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar Di Rumah Menjadi Tak Payah Beli Dah

Semoga bermanfaat

Sumber: Rasa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending