Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol

Published

on

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol

Biasanya seterika di rumah kita mesti akan ada kesan hitam yang terjadi akibat baju hangus ketika menggosok.

Ia boleh menyebabkan kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.

Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya. (Klik SINI beli saterika wap)

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Cleaning, Barulah Aircond Sejuk Berangin. Guna Berus Ja

Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika

Panaskan seterika dan basahkan Panadol.

2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.

3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam hangus pada seterika.

4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.

Hasilnya, dah bersih!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Untuk Kilatkan Dapur Seperti Baru, Tabur Bahan Ini Dan Tuangkan Cuka

Sumber: Achai Wong

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Published

on

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Resipi ni belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak. Bersyukurlah sapa yang masih ada mak.

Bahan-Bahan:

  • Ayam seekor – Gaul garam kunyit dan goreng dulu, jangan garing sangat.

Bahan Blend:

  • Cili kering 2 genggam, akak campur dengan cili kering tak pedas (rebus dulu).
  • Bwg besar 1 setengah biji
  • Bwg putih 6-7 ulas
  • Halia setengah ibu jari
  • Belacan setengah ibu jari
  • Buah tomato size besar 2 biji

Bahan Tumis:

  • Tiga sekawan
  • Bwg besar sebiji hiris-hiris
  • Serai 1-2 batang titik kan
  • Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul (wajib ada)

Cara Memasak:

1. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend. Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak.

2. Agak-agak nampak kurang miyak, tambahkan lagi sikit-sikit. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.

3. Dah cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng dan gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Haidah Md Said

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending