Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Hilangkan Hitam Pada Bawah Kuali, Guna Bahan Ini. Sangat Murah Tapi Berkesan

Published

on

Cara Mudah Hilangkan Hitam Pada Bawah Kuali, Guna Bahan Ini. Sangat Murah Tapi Berkesan

Membersihkan bawah kuali atau periuk yang hitam dan melekit amatlah memenatkan. Kadang-kadang sudah berjam-jam kita berus tapi tidaklah sebersih dan seputih mana. Oleh itu, untuk mak-mak semua rupanya ada satu cara berkesan yang anda boleh cuba berdasarkan perkongsian dari wanita ini. Confirm menjadi!

Kalau siapa kat rumah yang ada guna non-stick pan/pot mesti perasan bawah pan tu senang sangat nak hitam atau kuning-kuning kesan api tu kan? Nak bersihkan memang susah.

Lagi-lagi kalau tak sental hari-hari selepas setiap kali kegunaan. Lagi susah dengan corak-corak bawah pan tu. Jangan guna berus besi, calar nanti. Hehe kalau periuk kuali biasa tu takpe.

Cara Mudah Hilangkan Hitam Pada Bawah Kuali

ARTIKEL LAIN : Cara Bersih Oven Dengan Mudah Tak Payah Sental Semua Kerak Tanggal Memang Berkesan

Lepas tu pulak ada yang suka gantung-gantung display kat dapur sebab senang nak ambil. Tapi kalau bawah periuknya hitam nak letak gantung kat luar pun buat pemandangan dapur jadi tak cantik je. So lepas tutorial hani ni dah boleh bersihkan bawah pan tu bagi berkilat sebelum gantung ya.

Kos tak sampai RM 2 pun, boleh beli alat membersihnya di Shopee, hanya gunakan dengan air tanpa sabun khas. Boleh pakai semula. Seriously, benda alah ni peralatan pembersihan kedua magik selepas magic sponge.

Baru buat sebelah dah berkilat!

So wajib ada kat dapur!

P/s: pakai sarung tangan ya kalau nak guna. Semoga bermanfaat!

ARTIKEL LAIN : Guna Bahan Ini Kerak Hitam Melekat Pada Periuk Hilang Dengan Mudah

Sumber: Hani Mynis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending