Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Published

on

Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Dah lama tak buat ayam bakar, jom buat Ayam Bakar Mayonis. Tinggal perap lepastu bakar je dalam oven atau air fryer. Mudah dan ringkas. Asyik menggoreng ayam je, kita buat bakar-bakar je. Memang semerbak bau kalau bakar dekat dapur.

Resipi dari Cik Puan Dani J Tang ini memang nampak menyelerakan betul. Cara penyediaan dan bahan-bahannya pun memang simple.

Ada pula kentang yang disadur dengan mentega, cili flakes dan serbuk oregano. Memang bertambahlah sedapnya itu. Anak-anak pun mesti laju je nak meratah ayah sampai menjilat jari. Jom kita tengok cara-caranya.

RESIPI AYAM BAKAR MAYONIS

ARTIKEL LAIN : Ayam G0reng Jadi Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ni. Garing Diluar Juicy Didalam

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – cuci bersih dan toskan

Bahan A: Tumbuk Halus

  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih

Bahan B:

  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Madu
  • Chili flakse
  • 3 sudu mayonis
  • Garam
  • Minyak bijan

Bahan sampingan:

  • Ubi kentang
  • Mentega
  • Chilli flakes
  • Oregano

Cara-cara memasak:

1. Sediakan bekas. Campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian, perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.

2. Bakar ayam dalam oven pada suhu 200C guna api atas bawah selama 20 minit. Kemudian, turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak.

3. Untuk kentang, kupaskan ia kemudian potong dan rebus.

4. Bila sudah empuk kentangnya, toskan dan ambil sedikit mentega, chili flakes dan oregano. Gaul rata. Gaul secara berhati-hati untuk elak kentangnya hancur.

5. Hidangkan ayam bakar bersama kentang yang sudah digaulkan tadi.

6. Siap untuk dihidang!

NOTA:

Suhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu oven masing-masing supaya ayam tidak hangus.
Nak guna Air Fryer pun tidak ada masalah, boleh pastikan untuk guna suhu yang bersesuaian supaya ayam bakar kekal masak dan juicy.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Punyalah Sedap Bahkan Rangup Sampai Ke Petang!

Sumber : Myresipi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending