Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Udang Berlada, Hanya Guna 6 Bahan Memasak Ini Saja ‘Bikin’ Lagi Sedap!

Published

on

Cara Masak Udang Berlada, Hanya Guna 6 Bahan Memasak Ini Saja ‘Bikin’ Lagi Sedap!

Pernah cuba makan Udang Masak Berlada? Ini antara hidangan yang boleh dicuba. Bahan-bahan memasak yang digunakan pun tak renyah dan mudah dibeli. Nak guna apa jenis udang pun tiada masalah.

Janji ada udang sebab itu bahan asas utama untuk lauk ini. Hidangan ini sesuai dijamu untuk seisi keluarga atau apabila tetamu datang ke rumah tanpa dijangka, memang makan bertambah dibuatnya.

Bagi yang ingin mencuba, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurulfidayu Bt Awang ini. Hanya guna 6 bahan saja.

Resepi Udang Masak Berlada

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Udang Buttermilk, Simple Sangat Tapi Bila Makan Menjilat Jari

Bahan-bahan:

  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah 2 biji
  • Cili merah 3
  • Cili hijau 3
  • Cili padi 5-7 biji – ikut citarasa pedas masing-masing
  • Tomato 1 biji

Cara-cara memasak:

1. Kisar semua bahan. Kisar boleh, guna chopper pun boleh.

2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, cili hidup, tomato. Saya guna chopper jadi cantik kasar-kasar.

3. Masa tumis letak sesudu kecik kunyit dan 2 sudu besar sos tiram.

4. Tumis bila garing, bolehlah masukkan udang. Lepas 5minit atau udang dah masak tutup api.

5. Jangan lupa perasakan dengan garam. Nak wangi boleh tambahkan daun limau purut. Siap!

Udang boleh juga diganti dengan ayam, ikan keli, sotong, daging, atau telur. Jika nak guna ikan, kuah perlu asing untuk elak isi ikan jadi lembik.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Tip Masak Sotong Tak Berair Dan Kekal Pejal, Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih

Kredit: Nurulfidayu Bt Awang

Sumber : Cik Puan Nurulfidayu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Published

on

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.

Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.

Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan

Tip Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah

Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.

Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.

Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.

Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Mior Zailan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending