Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Pajeri Terung Yang Sedap Dan Pekat. Pasti Menyelerakan

Published

on

Cara Masak Pajeri Terung Yang Sedap Dan Pekat. Pasti Menyelerakan

Pajeri terung memang enak dimakan bersama dengan nasi panas. Cukup membangkitkan selera, sehingga tak sedar boleh bertambah lagi nasi hingga beberapa pinggan.

Di tambah pula dengan sambal belacan, memang boleh kenyang sampai bersandar. Kami ingin Kongsikan Resepi pajeri Terung oleh Puan Khas Fena.

Cara Masak Pajeri Terung Yang Sedap Dan Pekat

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pajeri Nenas Yang Sedap Dan Pekat Tanpa Santan

Bahan Bahan:

  • 4 biji terungpanjang, setiap satu tu belah dua, lepastu belah tengah jangan sampaiputus.

Bancuhan Kari Paste:

  • 2 ulas bawang putih*.
  • 2 ulas bawang merah*.
  • 1/2 inci halia*.
  • 3 sudu makan serbuk kari daging/ayam.

Tumbuk bahan bertanda * kemudian campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit untuk jadikan bancuhan.

Bahan Tumis ** :

  • 2 ulas bawang putih dihiris.
  • 2 ulas bawang merah dihiris.
  • 1 inci halia dipotong mancis.
  • Daun kari.
  • 4 sekawan.
  • 1 sudu makan udang kering ditumbuk halus.

Bahan Lain:

  • 1 sudu makan kerisik.
  • Air asam jawa.
  • 2 atau 3 sudu makan santan kotak @ suku cawan santan fresh pekat.
  • 1/2 ketul gula melaka.
  • 1/2 sudu makan gula pasir.
  • 1 sudu teh garam.

Cara-Caranya:

1. Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan. Tumiskan bahan tumis sampai garing.

2. Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing & pecah minyak. Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut.

3. Masukkan gula melaka atau gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam. Lebih kurang 2 sudu makan air asam yang cair. Masuk garam, kerisik, santan.

4. Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!

5. Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak dia rasa macam kari biasa je. Tapi jangan sampai manis leting pulak. Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun takpe.

Selamat mencuba.

Sumber : Puan Khas Fena

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending