Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah, Simple Je Tapi Padu!

Published

on

Cara Masak Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah, Simple Je Tapi Padu!

Malam-malam lapar tapi tiada idea nak masak apa? Apa kata jom cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini. Bila terasa lapar khususnya pada waktu malam, hidangan ringkas dan cepatlah yang menjadi pilihan.

Jadi anda boleh cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini. Hidangan yang pantas yang boleh anda sediakan. Malam-malam memang malas sikit nak masak yang renyah.

Ayuh lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Nohafizul Noor di laman sosial Facebook. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Resepi Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah

ARTIKEL LAIN : Tip Buat Bihun Goreng Tomyam Tanpa Letak Bawang Merah Pun Sedap. Pilih Pes Ini!

Meggi goreng malas tanpa perencah. Masak malam ni onz tak?

BAHAN-BAHAN :

  • Bawang sebiji
  • Cili 3 biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Meggi 3 keping
  • Sos cili
  • Kicap
  • Telur
  • Sayur pilihan
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang dan cili.

2. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu.

3. Masukkan air segelas, sos cili, kicap dan sebiji telur.

4. Masukkan sawi dan kacau supaya maggi masak sekata.

5. Kacau dan masukkan sebiji telur lagi. Tambahkan garam, kicap dan sos cili secukup rasa.

6. Bila air dah kering dan secukup rasa, dah boleh hidang dan makan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Boleh Cuba Buat Maggi Kari Tumis, Pasti Berebut Nak Makan Sampai Licin

Sumber/Foto : Nohafizul Noor

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending