Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal

Published

on

Cara Buat Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal

Mudah je nak buat tauhu telur homemade. Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.

Tauhu ini sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Malah rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Saudari Zaimah Zakaria ada berkongsikan cara-caranya di bawah, jom cuba!

Cara Buat Tauhu Telur Homemade

ARTIKEL LAIN : Buat Tempe Sendiri Dirumah Hanya Guna 2 Bahan Mudah Saja

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A
  • 225 ml air soya
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Plastik aiskrim

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.

2. Masukkan air soya dan kacau semua bahan dalam mangkuk tadi hingga sebati.

3. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.

4. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam plastik aiskrim.

5. Ikat muncung plastik dengan kemas.

6. Panaskan air di dalam periuk namun tidak perlu sampai mendidih.

7. Masukkan bungkusan Tauhu Telur tadi. Masak selama 30 minit menggunakan api yang perlahan.

8. Bila tauhu sudah bertukar warna, maknanya ia sudah masak sempurna.

9. Angkat Tauhu dan sejukkan terlebih dahulu.

10. Bila Tauhu Telur sudah sejuk, baru dipotong.

11. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.

12. Goreng dalam minyak hingga keperangan. Begini rupa Tauhu Telur yang siap digoreng.

13. Tauhu Telur homemade sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan sama ada sayur, sup, sambal atau apa-apa sahaja sajian kegemaran keluarga.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Fucuk Kering, Mudah Rupanya. Homemade Dijamin Bersih & Halal

Kredit: Zaimah Zakaria

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending