Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!

Published

on

Resepi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!

Kalau tiada idea nak masak apa, jom cuba resepi makaroni bakar yang mudah dan sedap ini. Sesuai juga kalau nak buat bekal untuk ke tempat kerja atau untuk bekal anak-anak ke sekolah.

Resepi ini sangat senang untuk dicuba kerana tidak perlu menggunakan sos segera.

Jom lihat cara-cara memasaknya dengan menggunakan resepi perkongsian oleh Mastura Mukhtar di bawah.

Cara Masak Makaroni Bakar

ARTIKEL LAIN : Nasi Lebihan Banyak Boleh Buat Bepang Rangup Manis, Senang Nak Buat

Bahan-Bahan utama:

  • Bawang holland 1 biji – cincang
  • Vawang putih 5 ulas – cincang
  • Macaroni 100gram (rebus dengan sedikit minyak dan garam)
  • Daging cincang 400gram
  • Capsicum 1 biji – potong dadu
  • Carrot 1 biji – potong dadu
  • Daun bawang
  • Cabai hidup – hiris
  • Rempah kari 4 sudu
  • Rempah sup 2 sudu
  • Garam dn gula secukupnya
  • Sos tiram 2 camca besar
  • Cendawan butang – hiris

Bahan Sos Putih:

  • 1 cawan setengah fresh milk
  • 2 camca besar butter
  • 1 camca besar tepung jagung bancuh sedikit dengan air panas (kacau supaya tak berketul)
  • 2 slice cheddar cheese

Cara-Caranya:

1. Rebus makaroni. Tempoh masa merebus lihat pada paket. Bila dah masak, tapis dan ketepikan.

2. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul rata.

3. Masukkan rempah kari, rempah sup dan sos tiram. Tumis.

4. Masukka carrot, capsium dan cendawan butang. Kacau dan masak sehingga rata.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Untuk sos putih, masukkan butter dan masak sehingga cair. Kemudian tambahkan susu segar, tepung jagung dan 2 keping cheddar cheese.

7. Tuang sos putih atas permukaan makaroni sebelum dibakar. Siapa suka cheese, boleh taburkan cheese mozarella.

8. Bakar selama 10 minit pada suhu 180°C. Taburkan daun parsley segar untuk hiasan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuah Lontong Yang Sedap & Pekat

Kredit : Mastura Mukhtar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending