Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Wantan Yang Ringkas & Sedap, Lebut & Menyelerakan. Pasti Puas Hati!

Published

on

Cara Buat Sup Wantan Yang Ringkas & Sedap, Lebut & Menyelerakan. Pasti Puas Hati!

Wantan semestinya sedap jika digoreng, namun jika dihingakan dan dinikmati bersama sup lebih enak dan memuaskan. Memang sanat sesuai untuk mereka yang suka hidangan berkuah ataupun sup ini.

Sup wantan antara hidangan ringkas yang boleh anda cuba di rumah, kerana apa yang anda hanya perlu lakukan ialah menyediakan sup dan inti saja. Mesti puas apabila dinikmati.

Resepi sup wantan perkongisan Zurina Zulkefli ini pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya dirumah. Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI SUP WANTAN

ARTIKEL LAIN : Cara Untuk Membuat Cucur Udang Padu Yang Tak Serap Minyak. Sedap Dan Rangup!

Sup Wantan untuk minum petang.

BAHAN INTI :

  • Daging ayam kisar jenama Ramly
  • Kulit wantan
  • Lobak merah – cincang
  • Daun bawang – hiris
  • Tepung jagung – 1 sudu makan
  • Kiub pati ayam – separuh

Campurkan semua sekali dan gaul sebati. Bungkus inti menjadi wantan

CARA MEMASAK :

1. Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak

3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

4. Akhir sekali boleh masukkan wantan.

5. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber : Zurina Zulkefli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending