Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Stew Ayam Kuah Pekat Sedap Dihirup. Nampak Macam Sup Tapi Bukan

Published

on

Cara Buat Stew Ayam Kuah Pekat Sedap Dihirup. Nampak Macam Sup Tapi Bukan

Nampak macam sup ayam tapi bukan. Yang ini adalah stew ayam bersama kentang dan lobak. Kalau dah biasa buat sup ayam boleh cuba buat hidangan stew ini pula.

Berbanding sup, stew ayam ini lebih pekat kerana turut dimasukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Stew ini boleh masukkan sekali kentang dan lobak, jadi makan satu lauk ini saja dah cukup lengkap.

Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eryn TJ

Cara Buat Stew Ayam Dengan Kentang Dan Lobak

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam Untuk Kembalikan Selera & Panaskan Badan Ketika Tidak Sihat

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam -potong kecil
  • 3 biji ubi kentang -potong empat
  • 1 biji lobak merah -potong empat
  • 1 biji bawang holland -hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih -diketuk
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 tangkai daun bawang -hiris
  • 2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama 4 sudu besar air)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
  • 1 kiub stok ayam

Cara memasak :

1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.

2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap air dan gaul rata bersama ayam.

3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air biar ayam, ubi kentang tenggelam dan kiub ayam.

4. Perasakan dengan garam secukup rasa, serbuk lada putih & serbuk lada hitam tumbuk dan renehkan di api kecil selama 30 minit hingga ayam, kentang & lobak masak.

5. Masukkan air jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.

Selamat mencuba!

Sumber : Eryn TJ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Rose Jepun (Bunga Pukul 10): Mudah, Cepat Hidup & Cantik di Laman Rumah

Published

on

Cara Tanam Pokok Rose Jepun (Bunga Pukul 10): Mudah, Cepat Hidup & Cantik di Laman Rumah

Pokok bunga sememangnya antara cara paling mudah untuk mencantikkan kawasan rumah. Salah satu pilihan yang semakin digemari ialah pokok Rose Jepun yang juga dikenali sebagai bunga pukul 10.

Pokok ini bukan sahaja menarik dari segi warna yang pelbagai, malah ia juga sangat mudah dijaga. Sesuai untuk mereka yang baru mula berkebun atau tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga tanaman setiap hari.

Kenapa Pokok Rose Jepun Jadi Pilihan Ramai?

Rose Jepun sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang tahan lasak dan tidak cerewet. Ia boleh hidup dengan baik walaupun penjagaannya tidak terlalu rumit.

Antara kelebihan utama pokok ini ialah:

  • Mudah dibiakkan menggunakan pucuk
  • Tak memerlukan penjagaan rumit
  • Bunga berwarna-warni dan menarik perhatian
  • Memberi suasana tenang pada kawasan rumah
  • Sesuai ditanam di pasu atau laman kecil

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum mula menanam, sediakan beberapa bahan asas berikut:

  • Pucuk benih Rose Jepun
  • Tanah subur atau tanah tanaman
  • Baja (boleh juga guna baja serbuk kopi sebagai alternatif semula jadi)
  • Pasu atau bekas tanaman

Cara Tanam Pokok Rose Jepun Dengan Mudah

Langkah menanam pokok ini sangat ringkas dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah.

  1. Ambil pucuk Rose Jepun dan potong lebih kurang 2 hingga 3 inci.
  2. Jika mahu banyak tanaman, pucuk boleh dipotong lebih kecil sekitar 1 inci.
  3. Siapkan pasu yang berisi tanah yang gembur dan sesuai untuk tanaman bunga.
  4. Cucukkan pucuk ke dalam tanah secara terus tanpa perlu direndam terlebih dahulu.
  5. Susun beberapa pucuk dalam satu pasu jika mahu hasil lebih penuh dan merimbun.

Penjagaan Selepas Menanam

Selepas proses penanaman, penjagaan yang betul akan membantu pokok tumbuh lebih cepat dan berbunga cantik.

  • Siram pokok dua kali sehari, pagi dan petang.
  • Letakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari terus.
  • Tabur baja secara berkala untuk merangsang pertumbuhan bunga.
  • Elakkan tanah terlalu kering atau terlalu basah.

Bilakah Rose Jepun Akan Mula Berbunga?

Jika penjagaan dilakukan dengan baik, pokok Rose Jepun biasanya akan mula menunjukkan pertumbuhan dan bunga dalam tempoh sekitar tiga minggu.

Bunganya akan kelihatan lebih cantik dan segar apabila mendapat cahaya matahari yang mencukupi setiap hari.

Tips Tambahan Supaya Pokok Lebih Subur

Untuk hasil yang lebih cantik dan merimbun, beberapa tips ini boleh diamalkan:

  • Gunakan tanah yang tidak terlalu padat supaya akar mudah berkembang.
  • Elakkan menyiram terlalu banyak sehingga air bertakung.
  • Potong dahan yang terlalu panjang untuk galakkan pertumbuhan baru.
  • Letakkan beberapa pasu bersama untuk kesan laman lebih penuh.

Penutup

Pokok Rose Jepun merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin mencantikkan halaman rumah tanpa perlu penjagaan yang rumit. Dengan kaedah semaian yang mudah dan penjagaan asas, anda boleh menikmati bunga berwarna-warni yang mekar cantik hampir setiap hari.

Selamat mencuba dan semoga laman rumah anda lebih segar dan berseri dengan kehadiran bunga Rose Jepun.

Continue Reading
Advertisement

Trending