Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Macam Dekat Kedai Tepi Pantai. Guna Tepung Kanji / Tepung Ubi Untuk Hasil Yang Rangup.

Published

on

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Macam Dekat Kedai Tepi Pantai. Guna Tepung Kanji / Tepung Ubi Untuk Hasil Yang Rangup.

Bagi peminat ‘goreng tepung’ bila sebut sahaja menu-menu yang berkaitan dengannya pasti akan terlintas menu wajib ini iaitu Sotong Goreng Tepung. Apatah lagi bila berkunjung ataupu bercuti ke Terengganu yang terkenal dengan menu-menu goreng tepung ini.

Jika ke restoran-restoran masakan tomyam pula, menu Sotong Goreng Tepung ni antara menu yang wajib anda order kan? Sedap dan rangup dia lain macam. Tetapi, kena pandai cari tempat yang betul sedap. Baru puas makan. Fuhh, boleh kecur air liur dibuatnya.

Hasilnya anda akan dapat menikmati Sotong Gerong Tepung macam dekat kedai tepi pantai dan restoran-restoran tomyam. Makan pula bersama ahli keluarga akan jadi lebih bermakna. Jom buat!

Cara Buat Sotong Goreng Tepung

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Buttermilk Yang Sedap. Kekal Rangup Walaupun Berkuah. Ini Caranya!

Tidak dinafikan, lauk goreng tepung memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja! Jika anda teringin makan ataupun bercadang membuat Sotong Goreng Tepung ada boleh cuba resepi mudah perkongsian daripada Ag Jeffrey Ag Nuddin ini.

BAHAN-BAHAN :

  • Sotong
  • Tepung Kanji
  • Telur
  • Serbuk Kunyit
  • Perasa (Garam, Ajinomoto, Gula)

CARA PENYEDIAAN :

1. Campur sotong yang sudah dipotong dengan tepung kanji, telur, serbuk kunyit, dan perasa (garam, ajinomoto dan gula).

2. Sediakan bekas kosong untuk letak tepung kanji, sebelum goreng, gaulkan sekali lagi dengan tepung kanji yang dalam bekas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sotong Rebus Serai. Lauk Mudah Masak Yang Sedap

Sumber/Foto : Ag Jeffrey Ag Nuddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending