Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Paling Mudah Tapi Tetap Sedap, Guna Daun Apa Ada Saja

Published

on

Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Paling Mudah Tapi Tetap Sedap, Guna Daun Apa Ada Saja

Lauk sambal tempoyak daun kayu yang asal memang tak dinafikan paling sedap. Penuh dengan pelbagai daun ulam yang dihiris halus. Tapi kalau tinggal di bandar, agak susah untuk dapat ulam-ulaman ini.

Sudahnya kalau terasa nak makan kita buat sambal tempoyak daun kayu versi paling simple. Guna apa yang ada keliling rumah, dalam peti ais atau yang senang jumpa.

Bila hidang ini tak perlu banyak menu lain. Makan dengan ikan goreng paling best, tapi kat rumah ada ayam saja, jadilah. Caranya dikongsi oleh Ina Abbas.

Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Guna Bahan Apa Ada Saja

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Udang Berlada, Hanya Guna 6 Bahan Memasak Ini Saja ‘Bikin’ Lagi Sedap!

Saya panggil sambal tempoyak daun kayu. Kalau ikut versi sebenar dari Negeri Sembilan, banyak guna daun ulam-ulaman yang diracik halus & dilebur sekali tanpa ditumis.

Tapi yang ini versi simple, guna apa yang ada dalam peti & keliling rumah. Paling penting mesti ada petai & tempoyak. Masak pekat-pekat & pedas-pedas. Makan dengan nasi panas, memang terangkat.

Bila hidang ini tak perlu banyak menu lain. Makan dengan ikan goreng paling best, tapi kat rumah ada ayam saja, jadilah.

Bahan-bahan

  • Cili api
  • Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
  • Serai
  • Sedikit ikan bilis

Bahan dikisar

  • Bawang kecil
  • Pucuk ubi
  • Daun kunyit

Bahan dimayang/hiris halus

  • Ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
  • Petai
  • Santan pekat
  • Tempoyak
  • Asam keping
  • Pucuk ubi direbus smpi empuk

Cara membuat:

1. Dalam kuali atau eriuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan kisar serta bawang kecil yang dihiris.

2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.

3. Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.

4. Masukkan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.

6- Bila kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai. Gaul sebati dan masak hingga daun-daun cukup masak. Sedia dimakan bersama nasi.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang

Sumber: Ina Abbas

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending