Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek. Resepi Sedap Dan Wajib Cuba!

Published

on

Cara Buat Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek. Resepi Sedap Dan Wajib Cuba!

Untuk resepi kali ni, saya nak share resepi masak rendang daging yang simple tapi marvellous. Biasa makan rendang ayam je kan. Terutama kalau waktu raya puasa. Sesekali boleh cuba buat rendang daging jugak.

Nak makan dengan nasi panas sesuai, makan dengan pulut lemang pun sedap tau. Jom saya kongsikan resepi syalfarina razali ni. Korang semua wajib cuba!

Cara Buat Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

ARTIKEL LAIN : Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok

Hari tu aku share resepi kari daging perap cara arwah nenek aku. Hari ni aku share pulak resepi rendang cili api berempah arwah nenek. Kalau nak makan rendang arwah nenek, hanya mak aku aje yang akan buat setiap tahun sebab mak aku duduk dengan arwah nenek.

Inilah antara menu dimana arwah akan masak untuk waktu berbuka hari pertama puasa.

1. Sediakan 1kg daging. Daging segar lebih baik.potongla ikut melawan urat, kalau tak pandai potongla ikut mana pun

2. Kita buat bahan blend, 8 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, seinci halia, seinci lengkuas, 3 inci kunyit hidup (2), dan 5 batang serai, dan 20 tangkai cili api. Blend kesemuanya.

3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan blend. Tumis hilangkan air dia.

4. Masukkan daging yang kita dah basuh. Tunggu sampai keluar air daging. Sementara tu masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih.
(Cara arwah nenek aku asalnya 3 rempah ni disagai dalam kuali dan di blend bersama bawang, cuma aku amik cara lebih mudah)

5. Air daging dah keluar, masukkan santan 1kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi.

6. Time ni perlahankan api, tutup kuali. Biarkan daging lembut dan rendang pekat. Aku reneh rendang ni 1 jam 30 minit. Jengah-jengah sekejap dan kacau ye.

7. Daging dah lembut, rendang dah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, masukkan 2 sudu besar kerisik dan 2 sudu besar gula melaka asli yang dihancurkan. Ni semua penyedap.

8. Bubuh garam macam biasa dan tutup api.

Arwah suka rendang ada kuah-kuah sikit. Jadi begini sajalah. Rasanya sedap. Secukup rasa. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang memang ngam teruk.

Selamat mencuba!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

ARTIKEL LAIN : Petua dan Langkah Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

Sumber : syalfarina razali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending