Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi

Published

on

Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi

Mak-mak paling suka buat pes supaya boleh terus guna untuk memasak. Oleh itu, anda perlu tahu adanya cara buat pes asam jawa yang cukup mudah. Dikenali juga sebagai celagi, asam jawa sering ditanam sebagai pokok tanaman dan juga boleh dijadikan pokok hiasan di Malaysia.

Asam jawa sangat terkenal sebagai ramuan masakan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang berbangsa Melayu. Biasanya orang lama suka gunakan asam jawa dengan membuang hampasnya, dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya sahaja yang digunakan dalam masakan.

Sekarang ramai yang nakkan cara yang pantas untuk memasak dengan membuat pes dan salah satunya ialah pes asam jawa.

CARA BUAT PES ASAM JAWA

Bahan-bahan:

  • Sebungkus asam jawa
  • Air panas

Cara-cara:

1. Asam jawa ada banyak biji dan serat bersama isi. Oleh itu, pecahkan asam jawa kepada kepingan kecil dahulu.

2. Masukkan kepingan asam jawa ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan air panas sehingga asam tenggelam.

3. Biarkan selama 20 hingga 30 minit.

4. Selepas 20 minit, isi asam mudah diasingkan daripada bijinya. Gunakan jari untuk mengasingkan isi daripada bijinya.

5. Tempatkan penapis kasar di atas mangkuk. Lebih bagus guna penapis kasar kerana penapis halus akan menghasilkan pes yang cair.

6. Gunakan spatula untuk menekan keluar pes, kemudian gunakan jari untuk mengasingkan isi daripada biji lagi. Siap untuk digunakan!

Jika ada lebihan sisa daripada proses membuat pes asam jawa ini, anda boleh gunakannya untuk mengilatkan hiasan gangsa dan tembaga.

Setelah hasilnya siap, boleh letakkan di dalam botol kaca. Nanti nak masak, tinggal terus guna saja dan kerja anda di dapur akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber : FUSION COOK Space

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending