Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kaswi Gula Merah Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Sukat Guna Cawan Je!

Published

on

Cara Buat Kaswi Gula Merah Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Sukat Guna Cawan Je!

Bagi penggemar kuih kaswi, memang kena cuba resepi kaswi yang ini. Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera. Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.

RESEPI KASWI GULA MERAH PALING SEDAP

KASWI GULA MERAH… Hari tu opah share kaswi pandan kan. Ni hat gula merah pulak. Opah buat tanpa derhaka sedikit pun. Ambil dari page puan #SheilaRusly.. opah udoh nerai (cuba)…. Alhamdulilah, segak bergaya hah.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air

** Gunakan cawan metrik untuk sukatan yang tepat

CARA-CARA PENYEDIAANYA :

1. Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan.

2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan-bahan yang lain.Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.

Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.

3. Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

4. Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong.

5. Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka.

6. Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba resepi kuih ni.

Sumber/Foto : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Simpan Limau Kasturi Supaya Tahan Lama & Mudah Digunakan

Published

on

Cara Simpan Limau Kasturi Supaya Tahan Lama & Mudah Digunakan

Limau kasturi sememangnya antara bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan dan minuman rakyat Malaysia. Rasa masam segarnya mampu menaikkan lagi keenakan hidangan seperti tomyam, sambal, sup dan juga air minuman.

Walaupun hanya digunakan dalam kuantiti kecil, ramai yang gemar membeli limau kasturi dalam jumlah banyak kerana lebih menjimatkan. Namun masalah yang sering berlaku ialah buah cepat kecut, lembik dan akhirnya rosak walaupun disimpan di dalam peti sejuk.

Sebenarnya ada cara mudah untuk memastikan limau kasturi tahan lebih lama dan tetap segar untuk digunakan pada bila-bila masa. Dengan teknik penyimpanan ini, anda bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran malah lebih mudah ketika memasak.

Kelebihan Simpan Jus Limau Kasturi Beku

Ramai tidak tahu bahawa limau kasturi boleh disimpan dalam bentuk jus beku dan tahan sehingga berbulan-bulan. Cara ini sangat praktikal terutama bagi mereka yang sibuk atau mahu mempercepatkan kerja di dapur.

Apabila diperlukan, anda hanya perlu ambil beberapa kiub sahaja tanpa perlu memotong dan memerah limau setiap kali memasak atau membuat minuman.

Cara Simpan Limau Kasturi Supaya Tahan Lama

1. Potong Limau Kepada Dua Bahagian

Mulakan dengan membelah limau kasturi kepada dua bahagian supaya lebih mudah diperah.

2. Perah Semua Jus Limau

Perahkan limau dan kumpulkan jus ke dalam satu bekas bersih. Pastikan biji limau diasingkan supaya lebih mudah digunakan nanti.

3. Tuang Ke Dalam Bekas Kiub Ais

Gunakan sudu untuk menuang jus limau ke dalam bekas kiub ais mengikut sukatan yang sesuai.

4. Bekukan Semalaman

Masukkan bekas kiub ais ke dalam peti sejuk beku dan biarkan semalaman sehingga jus limau membeku sepenuhnya.

5. Simpan Dalam Bekas Bertutup

Selepas kiub limau beku, keluarkan dan simpan di dalam bekas bertutup atau plastik zip supaya lebih kemas dan tahan lama.

Mudah Digunakan Untuk Masakan & Minuman

Kaedah ini sangat memudahkan kerana anda hanya perlu mengambil beberapa ketul kiub limau apabila mahu digunakan.

Ia sesuai dimasukkan ke dalam masakan seperti tomyam, sup, sambal dan lauk berkuah. Selain itu, kiub limau ini juga boleh digunakan untuk menyediakan minuman seperti teh o limau, air madu limau dan minuman sejuk yang lain.

Tips Tambahan Supaya Jus Limau Kekal Segar

  • Gunakan bekas bertutup rapat bagi mengelakkan bau makanan lain melekat.
  • Label tarikh penyimpanan untuk memudahkan penggunaan.
  • Gunakan sudu atau tangan yang bersih ketika mengambil kiub limau.
  • Simpan dalam kuantiti kecil supaya lebih mudah digunakan.

Penutup

Dengan cara penyimpanan yang betul, limau kasturi boleh tahan lebih lama tanpa perlu risau cepat rosak atau kecut di dalam peti sejuk.

Selain menjimatkan, teknik ini juga memudahkan kerja memasak dan penyediaan minuman harian. Jadi selepas ini, bolehlah simpan stok limau kasturi siap beku di rumah untuk kegunaan bila-bila masa.

Continue Reading
Advertisement

Trending