Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam Tanpa Kukus

Published

on

Cara Buat Jagung Cawan Lemak Manis Macam Dekat Pasar Malam Tanpa Kukus

Tiba-tiba pula teringat jagung cawan lemak manis pasar malam. Rasa berlemak dia sedap sungguh! Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya.

Kalau malas parut jagung, boleh guna jagung frozen yang ada dijual di pasaraya. Yang paling penting resipi ini tanpa kukus, tak perlu susah-susah keluarkan pengukus dari kabinet.

Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya.

RESEPI JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket jagung sejukbeku
  • 1 tin krimer pekat manis – beli online disini
  • 3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap) – beli online disini
  • Sedikit air & garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)

2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya.
3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.

4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.

5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cheese Cake Paling Senang, Cuma Guna 3 Bahan Saja. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba

Kredit : Aisyah Humaira

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending