Cara Buat Ikan Kembung Percik Masak Ala Kampung, Sedap Dengan Kuah Meleleh
Ikan percik atau percik ikan macam ni memang mengundang selera nak makan banyak. Aroma ikan yang dibakar, tambah pula tengok kuahnya yang pekat meleleh memang nampak sedap sangat. Untuk makan seorang dua mungkin boleh beli, tapi kalau ahli keluarga ramai elok sangat kalau buat sendiri.
Namun jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Jimat dan acara bakar ikan pun boleh jadi aktiviti dengan famili hujung minggu.
Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
Cara Buat Percik Ikan Kembung ‘Sedak Dooh’
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Daging Rebus Air Asam, Sedapnya Sampai Menjilat Pinggan
Bahan A: Perap Ikan
- 8 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1 tbsp cili kering kisar
- 2 inci kunyit hidup
- Sedikit serbuk perasa
- 1 tbsp garam
- 1/2 tbsp jintan manis
- Secubit belacan (jika suka)
- Sedikit air untuk kisar
Bahan B: Bahan Kuah
- 8 ulas bawang merah (saiz syiling 50 sen)
- 2 ulas bawang putih
- sehiris halia
- 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
- secubit belacan
- 3 tbsp cili kering
- 900ml santan pekat
- 2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
- 2 tbsp garam bukit
- 2 tbsp gula pasir
- 2 tbsp gula kabung thai
- 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam. Boleh juga jika nak guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
2. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.
3. Tambahkan cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.
5. Masak sampai mendidih & pekat.
6. Bakar ikan atau ayam sampai masak (boleh cucuk ikan dengan lidi, buluh).
7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4 kali salutan baru percik lagi sedap.
8. Kuah percik ini untuk 5 ekor ikan atau 1 ekor setengah ayàm 2kg.
Selamat Mencuba
ARTIKEL LAIN : Sedap Rupanya Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng
Sumber: Suhasnida Ismail
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: