Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ayam Masak Rose, Lauk Ni Memang Popular Sangat Time Raya. Memang Lejen!

Published

on

Cara Buat Ayam Masak Rose, Lauk Ni Memang Popular Sangat Time Raya. Memang Lejen!

Dialog anak-anak menyakat “Mak tak masak lauk Ayam Masak Rosmina ke?” sebab nama mak saya Rosmina. Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga dan memang sajian wajib setiap kali raya.

Lauk yang ditunggu-tunggu dan ditanya anak-anak setiap kali raya selain rendang daging dan kuah kacang mak. Masa kenduri kahwin saya pun lauk ni juga mak gigih adakan juga dan menjadi buah mulut tetamu yang datang bertanyakan resepinya.

Mungkin mereka jarang-jarang atau tak pernah lagi merasa lauk ni ditempat lain. Ok la. Jom saya kongsikan resepinya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Milla Kamila.

Cara Buat Ayam Masak Rose

ARTIKEL LAIN : Tip Masak Sotong Tak Berair Dan Kekal Pejal, Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Seekor ayam.
  • Cili hidup @ cili merah* (15 tangkai).
  • Bawang besar* (5 biji).
  • Bawang putih* (3 ulas).
  • Halia* (1 inci).
  • Lengkuas* (1.5 inci).
  • Serai* (5 batang).
  • Tomato puri (1 tin kecil).
  • Santan (1 biji kelapa/1 kotak kecil).
  • Bawang holland (1 biji dipotong bulat).
  • Kacang peas ( 1 tin).
  • Garam, Gula dan Perasa.

Cara-cara masak:

  • Ayam dipotong 12 atau 16 mengikut pilihan anda, dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng dan ketepikan bila dah siap.
  • Kisarkan bahan-bahan bertanda* sehingga halus. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga garing.
  • Kemudian masukkan halia, lengkuas dan serai. Diikuti cili. Tumis kesemuanya sehingga garing.
  • Masukkan tomato puri, santan dan masak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, bolehlah dimasukkan ayam, bawang holland dan kacang peas.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa (pilihan). Resepi ini akan ada rasa masam, masin, manis dan lemak yang seimbang. Tak berapa pedas dan sesuai untuk anak-anak kecil.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Paling Mudah Tapi Tetap Sedap, Guna Daun Apa Ada Saja

Sumber : Milla Kamila

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Published

on

Tanam Sendiri Bawang Merah di Rumah – Jimat, Mudah dan Hasil Memuaskan

Harga bahan dapur seperti bawang merah semakin hari semakin meningkat. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari alternatif bijak dengan menanam sendiri bahan masakan di rumah.

Selain lebih jimat, bawang yang ditanam sendiri juga lebih segar, bebas bahan kimia dan boleh dituai bila diperlukan.

Perkongsian daripada Misnah Olo menunjukkan bahawa bawang merah sebenarnya sangat mudah untuk ditanam walaupun di kawasan rumah yang kecil.

1. Guna Bawang Merah Dari Dapur

Anda tidak perlu benih khas untuk memulakan tanaman ini.

  • Gunakan bawang merah biasa yang ada di dapur.
  • Potong sedikit bahagian jambul atau hujung atas bawang untuk merangsang pertumbuhan tunas.

Langkah ini membantu mempercepatkan proses keluarnya daun baru.

2. Sediakan Tanah Yang Sesuai

Tanah memainkan peranan penting dalam memastikan bawang membesar dengan baik.

  • Gunakan campuran tanah hitam sawit dan sedikit tanah merah.
  • Pastikan tanah jenis gembur (peroi) dan mudah menyerap air.
  • Elakkan tanah yang terlalu padat kerana boleh mengganggu pertumbuhan bawang.

3. Cara Menanam Bawang

Proses menanam sangat mudah dan tidak memerlukan teknik rumit.

  • Tanam sebiji bawang pada satu lubang.
  • Benamkan sedikit sahaja bahagian pangkal bawang.
  • Jangan tanam terlalu dalam.
  • Jarakkan setiap pokok supaya bawang mempunyai ruang untuk membesar.

4. Penjagaan Harian

Selepas ditanam, bawang perlu dijaga dengan baik untuk memastikan hasil yang optimum.

  • Boleh diletakkan di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari.
  • Siram dua kali sehari ketika awal pertumbuhan.
  • Apabila pokok sudah besar, cukup siram sekali sehari.
  • Elakkan air bertakung kerana bawang mudah rosak jika terlalu lembap.

5. Pembajaan dan Penjagaan Tambahan

Untuk memastikan bawang membesar dengan sihat:

  • Baja setiap dua minggu sekali.
  • Pastikan saliran tanah baik untuk mengelakkan reput.
  • Jangan petik daun bawang semasa proses pertumbuhan.

Daun yang sihat membantu proses pembentukan bawang di dalam tanah.

6. Tempoh Menuai Hasil

Biasanya, bawang merah boleh dituai selepas kira-kira 3 bulan.

Tanda-tanda bawang sudah matang:

  • Daun mula menguning
  • Daun kelihatan kering dan rebah

Pada ketika ini, bawang sudah sedia untuk dituai dan digunakan di dapur.

Penutup

Menanam bawang merah sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kos dapur, malah memberikan kepuasan apabila dapat menuai hasil sendiri.

Dengan teknik yang mudah ini, sesiapa sahaja boleh cuba menanam bawang merah walaupun hanya mempunyai ruang yang terhad di rumah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan hasil bawang yang segar dan berkualiti!

Continue Reading
Advertisement

Trending