Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Bersihkan Belut Dengan Betul, Hilang Segala Bau Hanyir Dan Lendir!

Published

on

Cara Bersihkan Belut Dengan Betul, Hilang Segala Bau Hanyir Dan Lendir!

Ikan belut memang terkenal dengan bau hanyir dan lendirnya, yang boleh buat sesetengah orang rasa malas nak membersihkannya.

Tapi, belut sebenarnya penuh dengan khasiat untuk tubuh kita. Ia kaya dengan protein, omega-3 dan pelbagai vitamin yang bagus untuk kesihatan.

Dalam masakan Melayu, belut digunakan dalam pelbagai hidangan yang sedap, seperti sup belut, belut goreng berlada, nasi goreng belut, belut masak kicap dan belut bakar.

CARA BERSIHKAN BAU HANYIR DAN LENDIR IKAN BELUT

Kalau dibersihkan dengan betul, belut boleh jadi hidangan yang bukan saja berkhasiat, tapi juga sangat digemari ramai.

Jadi, jika anda nak nikmati hidangan belut tanpa risau tentang bau, ikut petua mudah di bawah untuk membersihkan semua bau hanyir dan lendir. Pasti berkesan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Lemon/asam limau
  • Asam jawa
  • Garam
  • Tepung gandum

Cara-cara:

  1. Potong kecil belut mengikut saiz yang disukai.
  2. Kemudian, gaulkan dengan asam jawa secukupnya berdasarkan kuantiti belut.
  3. Setelah itu, perahkan lemon ke dalam campuran.
  4. Seterusnya, tambahkan garam dan gaul semua bahan hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit tepung gandum dan teruskan menggaul.
  6. Perapkan selama 5 hingga 10 minit
  7. Setelah itu, bilas hingga bersih dan belut sedia untuk digunakan dalam pelbagai menu.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Jom masak-masak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Sotong Goreng Tepung Rangup, Tidak Meletup & Tepung Tak Tanggal

Published

on

Rahsia Sotong Goreng Tepung Rangup, Tidak Meletup & Tepung Tak Tanggal

Sotong goreng tepung memang antara hidangan laut yang cukup digemari ramai rakyat Malaysia. Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam membuatkan menu ini sukar ditolak, lebih-lebih lagi apabila dimakan panas bersama nasi atau dijadikan kudapan santai.

Namun begitu, ramai yang berdepan masalah ketika menggoreng sotong. Ada yang tepung tertanggal, sotong menjadi liat, malah ada juga situasi minyak meletup-letup sehingga membahayakan ketika memasak.

Sebenarnya, ada beberapa teknik mudah yang boleh digunakan untuk menghasilkan sotong goreng tepung yang lebih rangup, cantik dan selamat ketika digoreng. Ikuti perkongsian tips di bawah.

1. Pilih Sotong Yang Segar

Langkah pertama yang paling penting ialah memilih sotong yang masih segar. Sotong segar biasanya mempunyai isi yang pejal, tidak berbau hanyir keterlaluan dan permukaannya masih berkilat.

Penggunaan sotong segar membantu menghasilkan tekstur yang lebih sedap selain mengurangkan kandungan air berlebihan yang boleh menyebabkan minyak meletup ketika menggoreng.

2. Basuh & Tos Hingga Betul-Betul Kering

Selepas sotong dibersihkan dan dipotong, pastikan ia ditos sehingga benar-benar kering. Ini merupakan antara rahsia utama untuk mengelakkan percikan minyak panas semasa proses menggoreng.

Anda boleh menggunakan penapis atau lap sotong menggunakan tisu dapur supaya kelembapan dapat dikurangkan dengan lebih baik.

Semakin kurang air pada sotong, semakin cantik hasil gorengan nanti.

3. Gunakan Dua Jenis Bancuhan Tepung

Untuk mendapatkan salutan tepung yang lebih melekat dan rangup, gunakan teknik dua lapisan tepung iaitu tepung kering dan tepung basah.

Caranya mudah:

  • Gaulkan sotong terlebih dahulu dengan tepung kering.
  • Kemudian celupkan ke dalam bancuhan tepung basah.
  • Akhir sekali terus masukkan ke dalam minyak panas.

Teknik ini membantu menghasilkan lapisan tepung yang lebih tebal, rangup dan tidak mudah tertanggal selepas digoreng.

4. Tambahkan Tepung Beras Untuk Extra Rangup

Jika mahu hasil gorengan lebih crispy seperti di restoran makanan laut, campurkan sedikit tepung beras atau tepung jagung ke dalam adunan tepung.

Gabungan ini membantu menghasilkan tekstur rangup yang tahan lebih lama walaupun selepas beberapa minit dihidangkan.

5. Pastikan Minyak Betul-Betul Panas

Minyak yang tidak cukup panas boleh menyebabkan sotong menyerap minyak dan menjadi lembik. Oleh itu, pastikan minyak dipanaskan secukupnya sebelum mula menggoreng.

Gunakan kuantiti minyak yang agak banyak supaya sotong dapat tenggelam dan masak sekata.

Selain itu, elakkan memasukkan terlalu banyak sotong dalam satu masa kerana ia boleh menurunkan suhu minyak.

6. Jangan Goreng Terlalu Lama

Sotong sebenarnya sangat cepat masak. Tempoh menggoreng sekitar satu hingga dua minit sudah memadai untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan tidak liat.

Apabila warna tepung sudah bertukar keemasan, segera angkat dan toskan minyak.

Kesimpulan

Menyediakan sotong goreng tepung yang rangup dan sedap sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan pemilihan sotong yang betul, teknik menyalut tepung yang sesuai serta kawalan suhu minyak, anda boleh menghasilkan menu ala restoran di rumah sendiri.

Selepas ini tidak perlu lagi risau tepung tertanggal atau minyak meletup ketika menggoreng. Selamat mencuba dan semoga hasil sotong goreng tepung anda menjadi lebih rangup, sedap dan menyelerakan.

Continue Reading
Advertisement

Trending