Connect with us

Tips Dan Petua

Campuran Belacan Dan Ajinomoto Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman

Published

on

Campuran Belacan Dan Ajinomoto Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman

Photo Synthetic Bac teria (PSB) berfungsi menyuburkan tanah dan pokok. Selain itu juga, ia digunakan sebagai baja penggalak bunga dan merawat air di dalam kolam atau aquarium.

Photosynthesis Bac teria (PSB) digunakan scara meluas dalam memastikan kejernihan air kolam bagi penternak-penternak ikan dan udang secara komersial. Sebenarnya, banyak lagi khasiat PSB ini terutamanya kepada semua jenis tanaman.

Antaranya adalah seperti:

  • Menambah khasiat pada makanan dan minuman haiwan ternakkan
  • Digunakan bagi tujuan mencuci kandang atau reban kerana ia bersifat anti bak teria ( hilang bau )
  • Meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman ( penyubur semua jenis tanaman memudahkan penyerapan baja melalui akar pokok)
  • Boleh dijadikan sebagai penggalak bunga untuk tanaman
  • Mengawal kualiti air di dalam kolam atau akuarium
  • Produk 100% organik selamat dan sangat mudah digunakan
  • Baru-baru ini, Aepang Farmville berkongsi resepi baja mudah untuk menghasilkan PSB.

Resipi Baja Organik Suburkan Tanaman:

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Suburkan Tanaman Guna Ajinamoto Pokok Berbuah Dan Berbunga Lebat

  • 3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
  • 2 sudu ajinomoto
  • 1 sudu belacan
  • 3 sudu sos ikan
  • 5 liter air tanpa klorin

Boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung.

Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nak buat resepi baja organik, bukan nak buat adunan kek.

Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.

Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bak teria.

Nk cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dah boleh guna.

Nanti dah jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray baja organik ini pada medium dan bawah daun.

Selamat mencuba dan moga berjaya.

ARTIKEL LAIN : Elak Perosak Pada Tanaman Guna Sabun Cuci Pinggan Kaedah Mudah Buat Racun Sangat Berkesan

Jika anda suka dengan artikel resipi baja organik ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending