Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Siakap Kengsom Yang Sedap, Kuah Pekat. Kisar Sekali Bahan Ini

Published

on

Buat Siakap Kengsom Yang Sedap, Kuah Pekat. Kisar Sekali Bahan Ini

Macam masak singgang atau asam tapi lain sikit. Ini masakan Siam. Kalau suka lauk rebus dan masam-masam, Siakap Kengsom ini memang kena dengan citarasa.

Jadi menu berbuka puasa pun sesuai. Selain sihat penyediaannya pun mudah, lauk dan sayur sekali masak saja. Kalau nak kuah pekat, sedap dihirup kisar sekali nenas. Makan dengan nasi panas, satu lauk ni pun cukup dah!

Cara membuatnya dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan.Ada step by step, senang untuk yang kali pertama nak cuba masak.

Siakap Kengsom, kuah pekat

ARTIKEL LAIN : Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Yang Sangat Sedap Dan Padu.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor siakap
  • ½ biji nanas
  • 6 biji bawang merah ros
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 inci kunyit
  • 1 inci belacan
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili api/padi
  • 1 biji limau nipis.
  • ½ cekak kangkung
  • 3 sudu sos ikan

Langkah demi langkah

1.Sediakan bahan-bahan dulu. Cili boleh tambah ikut citarasa masing-masing.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.

3. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Sambil reneh saya sediakan bahan lain.

3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ni memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.

4. Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.

5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.

6.Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.

7. Perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh).

8. Masukkan kangkung!

9.Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Kengsom ni masakan Siam, tapi dia macam adik beradik jugalah dengan ikan masak asam atau masak singgang. Tak jauh beza, kan?

9. Siap! Rasa dia masam, masin, manis dan pedas. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas tu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sotong Rebus Serai. Lauk Mudah Masak Yang Sedap

Sumber: Kamarul Ariffin Saadan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending