Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Sup Cendawan Berkrim Yang Pekat, Enak & Rasa Berlemak Ala Perancis

Published

on

Buat Sendiri Sup Cendawan Berkrim Yang Pekat, Enak & Rasa Berlemak Ala Perancis

Sup cendawan berkrim ini selalu kita makan bila menikmati western food. Tapi selalu juga yang kita dapat tak kena dengan tekak. Sama ada cair, masin dan beberapa lagilah.

Kalau nak kena cita rasa elok sup cendawan berkrim ini kita buat sendiri. Jika buat ikut cara yang dikongsi oleh Siti Hazneza Abdul Hamid ini hasilnya insya-Allah sedap pekat, berkrim dan rasa lemaknya yang memang kena dengan selera.

Dahulu saya berniaga sup cendawan berkrim. Macam-macam bahan dan macam-macam kaedah saya cuba. Ada saya kongsi resipi dengan seorang guru dan beliau berikan komen yang membantu saya merombak lagi resipi.

Cara Buat Sup Cendawan Berkrim Yang Enak, Pekat Dan Rasa Lemaknya

ARTIKEL LAIN : Homemade Kaya Pandan, Boleh Simpan Dalam Peti Ais. Jimat, Tak Payah Beli Dekat Luar Dah

1. Sediakan bahan;

  • -½ tin 450 g cendawan butang
  • -6 ulas bawang putih

Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai. Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika. Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.

2. Panaskan 2 sudu makan marjerin/mentega.

3. Tumis cendawan dan bawang putih. Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping). Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli.

4. Tumis sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.

5. Masukkan dalam pengisar (blender)

6. Tambah 2 – 3 sudu makan krim putar (bukan yang manis ya!). Jika banyak sangat rasanya sedikit muak.

Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen). Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.

7. Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam.

8. Tambah secawan air.

9. Kisar sehingga halus.

10. Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega. Panaskan atas api perlahan.

11. Tambah Italian herbs atau oregano

12. Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan 2 sudu teh tepung jagung dan ¼ cawan air.

13. Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup. Matikan api, sup cendawan berkrim siap.

Boleh makan bersama piza atau roti bawang putih. Cicah roti biasa pun tetap sedap.

INFO

  • Jika mengingatkan sup cendawan berkrim jenama Campbell yang popular maka kita bermula dari Amerika Syarikat.
  • Tetapi, syarikat Campbell mengambil daripada asas sos bechamel dari Perancis yang direka oleh Chef Marquis Louis de Béchamiel de Nointel. Daripada nama beliaulah yang setelah beberapa lama hilang huruf ‘i’ lalu jadi bechamel sahaja.
  • Chef Béchamiel pula diinspirasikan oleh tukang-tukang masak Catherine de Medicis yang membawa salsa colla (gam) dari Tuscany, Itali. Salsa colla dipanggil begitu kerana sos ini digunakan untuk ‘mengikat’/ ‘memegang’ bahan-bahan dalam satu hidangan.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Senang Rupanya Buat Peanut Butter Homemade, Cuma 3 Langkah Saja. Lagi Sedap & Jimat

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending