Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Pasang Lantai Vinyl Guna Sticker Kedai Eco Puas Hati Nampak Lebih Cantik

Published

on

Buat Sendiri Pasang Lantai Vinyl Guna Sticker Kedai Eco Puas Hati Nampak Lebih Cantik

Seperti mana yang dilakukan oleh seorang suami ini, hanya menggunakan Vinyl Sticker di kedai ECO untuk pasang di atas lantai rumahnya ala-ala stail herringbone.

Wahhh hebat! Jom lihat kesungguhan dan kegigihan beliau, yang pada mulanya hanya nak pasang carpet sahaja. Alhamdulillah!

Kisahnya niat dihati nak pasang carpet saja tapi tetiba terpikat pulak dgn vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee. Atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140pcs vinyl sticker ni hehe. Tajuknya bukan tukang hari ini tapi Tukang Lima hari tuan puan. Lima hari! Hahaha.

Cara Buat Sendiri Pasang Lantai Vinyl Guna Sticker

ARTIKEL LAIN : Tikar Getah Selalu Koyak Guna Bahan Ini Buat Lapik Lantai Baru Nampak Kemas

Kisahnya niat dihati nak pasang carpet saja tapi tetiba terpikat pulak dgn vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee. Atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140pcs vinyl sticker ni hehe.

Konon-konon nak canggih laa pasang ala-ala herringbone stail fuhhhh~ Agak mencabar mental dan fizikal sebab tu ambil masa 5 hari tu (mungkin sifu-sifu 5 jam siap dah hahaha).

Kalau tuan puan tak tahu theorem pythagoras takyah la buat herringbone ni. Hahaha. Okay saya tipu hahaha.

Ilmu belajar dari Yovtube tengok kiraan semua dari Yovtube hihi.

PENYEDIAAN YANG DILAKUKAN & HASILNYA…

Ikutkan harga dekat shopee boleh dpt RM1.80 tapi boleh beli 2 kotak sahaja. Dan bila tambah postage harga sama je dengan dekat eco. So kita decide beli kat eco je. Huhu modal hangus RM294 – 140pcs

Starting nak start kerja wajib ada L square dengan L 45°, pembaris panjang dan pisau.

Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan jalan yang benar. Permulaan ni yang sksa dan yang hujung-hujung, yang tengah-tengah happy happy je pasang.

Saya suka betul dengan tukul hijau tu. Melantun-lantun sedappp je ketuk-ketuk hahahaha.

Alhamdulillah! Sedap mata memandang. Hasil kerja sorang (bab tampal menampal, time membersihkan wife tolong skali hihihi). Lima hari tuan puan hahaha.

Fuhhh… puas hati betul dapat siapkan. Tu hujung tu, papan MDF potong pendek. Kita tunggu tahun depan dia membesar memanjang dengan jayanya hahaha. Saya lekat vinyl tu pada papan MDF.

Happy New Year semua gng-gng tukang DIY.

UPDATE – Skirting dah siap tuan puan. Kerja-kerja tahun lepas telah selesai sepenuhnya tahun ni. Okay tunggu tahun depan dan tahun-tahun berikutnya kita tengok kejadiannya sebab ramai yang tak percaya dengan vinyl eco ni hahahaha.

Sumber : Muhamad Nur Faizul

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Published

on

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Pokok aloe vera atau lidah buaya semakin popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai pelbagai manfaat. Selain digunakan untuk penjagaan kulit seperti merawat luka dan masalah kulit ringan, tumbuhan ini juga boleh diolah menjadi jeli yang enak untuk dicampurkan dalam minuman.

Dengan tekstur kenyal seperti jeli dan rasa yang menyegarkan, aloe vera bukan sahaja menambah kelazatan minuman tetapi juga memberi manfaat kesihatan, termasuk membantu sistem penghadaman dan menyokong kesihatan kulit.

Jika anda mempunyai pokok aloe vera di rumah, ini masa terbaik untuk memanfaatkannya dengan cara yang lebih kreatif dan berkhasiat.

Cara Sediakan Jeli Aloe Vera

  1. Ambil kira-kira 5 pelepah aloe vera yang segar dan basuh sehingga bersih.
  2. Pastikan daun tidak mempunyai bintik atau kerosakan kerana ia tidak sesuai untuk dimakan.
  3. Potong bahagian tepi daun untuk membuang duri menggunakan pisau dengan berhati-hati.
  4. Rendam pelepah aloe vera dalam air garam selama beberapa minit untuk mengeluarkan getah kuning (lateks) yang tidak sesuai dimakan.
  5. Ambil isi aloe vera dan potong kecil berbentuk dadu.
  6. Rendam sekali lagi dalam air garam atau air kapur sirih bagi membantu menyingkirkan lendir dan baki getah.
  7. Basuh semula dengan air bersih sehingga benar-benar bersih.
  8. Rebus isi aloe vera dalam air mendidih selama beberapa minit sahaja, kemudian toskan.

Jeli Aloe Vera Sedia Digunakan

Selepas proses pembersihan dan perebusan, isi aloe vera kini sedia untuk digunakan sebagai campuran dalam pelbagai jenis minuman.

Teksturnya yang kenyal serta rasa yang neutral menjadikannya sesuai dicampur dalam minuman sejuk dan menyegarkan.

Idea Minuman Dengan Aloe Vera

  • Sirap limau ais + jeli aloe vera
  • Air laici sejuk + aloe vera
  • Minuman soda buah-buahan
  • Air detox campuran buah

Kelebihan Aloe Vera Dalam Minuman

Aloe vera bukan sahaja menyegarkan, malah dipercayai mengandungi nutrien yang membantu kesihatan kulit dan sistem penghadaman. Pengambilan secara sederhana boleh menjadi alternatif minuman sihat di rumah.

Penutup

Aloe vera yang ditanam di rumah sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya untuk kegunaan luaran tetapi juga sebagai bahan minuman yang menyegarkan.

Dengan cara penyediaan yang betul, anda boleh menikmati jeli aloe vera yang sedap, sihat dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Continue Reading
Advertisement

Trending