Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Air Sirap Cara Orang Dulu-Dulu, Siap Letak Rempah. Airnya Lain Dari Yg Lain

Published

on

Buat Air Sirap Cara Orang Dulu-Dulu, Siap Letak Rempah. Airnya Lain Dari Yg Lain

Kalau kita buat air sirap, biasanya cuma letak sirap merah, gula dan daun pandan. Itu pun dah rasa sedap.

Tapi orang dulu buat air sirap memang lain macam, siap ada rempah lagi. Siapa yang pernah rasa air sirap atau sirap serbat ini memang takkan lupa. Air sirapnya terpaling sedap dan lain dari yang lain. Boleh cuba untuk buka puasa atau hidangan raya nanti.

Buat air sirap cara orang dulu-dulu

Siapa pernah minum sirap serbat, sirap orang dulu dulu? Mesti tau kesedapannya. Ini resipi sirapnya.

Bahan-bahan

  • 1L air
  • 1kg gula
  • 1 sudu buah pelaga
  • 1 sudu jintan manis
  • Daun pandan
  • 3 sudu sirap merah

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan, masak sampai gula hancurr dan mendidih.

2. Biarkan renih selama 2-3 minit kemudian tutup a.pi.

3. Sejukkan dan tapis dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.

4. Bila nak guna ambil sejumlah sirap serbat yang sesuai tambah air dan ais batu. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber : Siti Hasnah AR / vaniIIakismis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending