Connect with us

Tips Dan Petua

Berkesan Dan Jimat Guna 3 Bahan Dapur Saja Buat Sendiri Racvn Ulat

Published

on

Berkesan Dan Jimat Guna 3 Bahan Dapur Saja Buat Sendiri Racvn Ulat

Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racvn buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?

Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mgsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mgsa si ulat kecil ni.

Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.

Cara Buat Sendiri Racvn Ulat Berkesan Dan Jimat

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Baja Kulit Telur Untuk Kuatkan Akar Tanaman. Mudah Dan Menjimatkan Kos

CARA BUAT HOMEMADE RACVN ULAT TANAMAN

Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi msvh utama dalam industri adalah ulat.

Bahan-bahan buat Racvn Ulat Tanaman:

  • Bawang Putih
  • Cili
  • Sabun Basuh Pinggan

Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan njis En Ulat. So bagi mengelak dari pencbuIan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racvn buatan sendiri.

Cara:

1. Tmbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.

2. Tmbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.

3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.

4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.

5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.

6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.

Boleh la runa racvn ulat ni dengan spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!

Lebihan bahan tmbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni. Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.

Selamat mencuba.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending