Connect with us

Tips Dan Petua

Baju Masih Lekat Sabun & Kotor, Tandanya Mesin Basuh Kena Servis, Buka Dan Cuci Sendiri Bagi Bersih

Published

on

Baju Masih Lekat Sabun & Kotor, Tandanya Mesin Basuh Kena Servis, Buka Dan Cuci Sendiri Bagi Bersih

Jangan kata suami sado je boleh buat kerja-kerja buka dan cuci bersih mesin basuh automatik. Sebenarnya, orang perempuan pun boleh buat sendiri tanpa bantuan suami.

Puan Ana Mariana ni tunjukkan langkah demi langkahnya. Cara nak buka mesin basuh automatik untuk dibersihkan dari kotoran. Lagi-lagi bila dikesan baju yang dibasuh tu masih kotor dan lekat sabun.

Katanya beliau pernah ternampak posting seseorang dalam facebook cara nak bersihkan mesih basuh. Memandangkan suaminya tiada di rumah, dia pun buat sendiri kerja-kerja membuka dan membersih mesin basuh.

Rujuk Panduan Bergambar Untuk Buka Dan Cuci Bersih Mesin Basuh

ARTIKEL LAIN : Mesin Basuh Air Keluar Perlahan Boleh Baiki Sendiri. Caranya Pun Senang, Jimat!

1. Ini sebelum buka.

“Senang je rupanya. Lama dah guna mesin basuh ni. Patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak cuci je. Sabun pula duk lekat kat baju lagi.”

Nanti bila mak-mak dah buka, akan nampak betapa kotor dalam mesin basuh tu. Selepas buka, kenalah cuci semua kotor-kotor dalamnya. Selesai cuci, akan rasa macam guna mesin basuh baru.

2. Buka skru 4 biji ini. Dekat tudung atas ini pun boleh nampak kotoran bahagian ini ya.

3. Buka klip tepi.

4. Cabut bahagian tengah ini ya. Klip gitu je.

5. Buka skru dalam ni.

6. Cabut plastik yang warna biru ini.

7. Cabut 4 biji skru ini pula. Nak cabut skru ini kena pakai kasih sayang sikit. Takut patah. Biasanya skru ini dah karah sebab kena air sokmo kan.

8. Kemudian baru boleh bawa keluar benda alah ini. Tengoklah betapa kotor dalamnya. Bertahun daki-daki ini duk kipung dalam ni. Nak bersih macam mana baju yang kita basuh tu.

9. Ni bahagian bawah.

10. Bersihkan juga bahagian ini.

11. Bersihkan pakai berus, Guna air sabun baru mudah nak tanggalkan kotoran.

12. Ini selepas dibersihkan.

13. Dah bersih pasang semula.

14. Baru kilat.

Siap.. orang perempuan pun boleh buatkan.

Nota : Maklum beliau lagi, ini cara yang digunakan untuk mesin basuh model di atas. Model lain mungkin cara bukanya berbeza.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya

Sumber/Foto : Ana Mariana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Published

on

Buat Sendiri Rain Drop Cake Yang Viral Sekarang, Mudah Sangat Rupanya

Sedang elok musim hujan viral pula menu rain drop cake ni. Bila dah asyik lalu di sosial media kita teringin pulak nak tahu macam mana rasa pemanis mulut yang berasal dari negara Jepun ini.

Kalau tiada orang jual di sekitar rumah, apa kata buat saja sendiri. Nak buat pun tak susah sebenarnya, bahan pun mudah dan memang ada di rumah. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Malnorashima Bt Ismail.

Buat sendiri Rain Drop Cake

1. Sediakan air secukupnya dan masukkan serbuk agar-agar. Bancuh dan masak seperti biasa, tambah gula untuk rasa manis. Tak perlu letak pewarna ya.

2. Kemudian tuang agar-agar tadi dalam acuan. Saya guna acuan kuih lompang saja. Biar mengeras atau boleh letak dalam peti sejuk.

3. Sementara itu buat sirap gula Melaka (macam buat kuih lopes). Sediakan air secukupnya, masak bersama gula Melaka yang dihancurkan. Letak sekali daun pandan. Biar larut kemudian tuang gula putih ikut kemanisan yang dikehendaki. Biar larut dan sedikit pekat.

4. Keluarkan agar-agar yang dah keras dalam pinggan putih supaya nampak jernih, kemudian tuang sirap gula Melaka. Boleh tabur kacang tanah tumbuk yang telah disangai terlebih dulu (resipi asal guna serbuk soya).

Selamat mencuba.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending