Connect with us

Tips Dan Petua

Asyik Masak Kunyit Je, Jom Cuba Sambal Cili Api Sotong Ini Pula

Published

on

Asyik Masak Kunyit Je, Jom Cuba Sambal Cili Api Sotong Ini Pula

Kalau dah bosan asyik masak sambal sotong atau sotong masak kunyit, kali ini apa kata jom cuba resipi sotong masak sambal cili api pula. Lebih sedap jika guna sotong yang segar untuk elak bau hanyir.

Selain itu, anda juga boleh ubah suai kuantiti cili api mengikut tahap kepedasan yang disukai. Di samping itu, lauk ini cukup sedap jika digandingkan bersama nasi panas serta telur dadar. Confirm terangkat punyalah!

Jika ada yang ingin mencuba, Puan Wani Sulinan ada berkongsikan resipi penuh di laman sosial miliknya. Semoga bermanfaat!

SOTONG MASAK SAMBAL CILI API

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Cili api (merah dan hijau)
  • Halia (3 inci)*
  • Kunyit hidup (2 inci)*
  • Bawang merah
  • Bawang putih*
  • Air asam jawa
  • Serai (sebatang, diketuk)

Cara-cara:

  1. Tumbuk semua bahan di atas yang bertanda (*).
  2. Kemudian, tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Tambahkan sedikit air asam jawa dan serai.
  4. Masukkan sotong ke dalam tumisan dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.

Siap!

Nota: Untuk sotong, saya masak terlebih dahulu di atas kuali kosong, kacau hingga airnya kering. Jangan letak minyak.

Sumber : Wani Sulinan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Published

on

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera

Tak lengkap sesuatu hidangan nasi dan lauk tanpa sayur yang sedap. Jika begitu, anda boleh cuba resipi Kacang Botol Goreng Belacan pada hari ini.

Kacang botol juga dikenali sebagai kacang kelisa atau kacang botor, merupakan sejenis sayuran yang cukup popular di Malaysia.

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan yang dikongsikan oleh Adam Abdullah di Facebook ini menggunakan jalan kerja yang sangat mudah. Jom cuba!

RESIPI KACANG BOTOL GORENG BELACAN

Orang-orang kampung suka tanam pokok kacang botol di luar rumah kerana sayur ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tempatan seperti ulam-ulaman, sayur tumis dan kerabu.

Kacang Botol sangat kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin, dan mineral, di samping mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Bahan-bahan:

  • 20 batang kacang botol
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 batang cili hijau*
  • 10 batang cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)
  • Satu genggam ikan bilis*
  • Satu sudu belacan*

Cara-cara:

1. Hiris kacang botol secara kecil-kecil, kemudian basuh bersih-bersih.

2. Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).

3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan garam dan perasa, kemudian masukkan kacang botol yang telah dipotong tadi.

5. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Jika suka berkuah, boleh letak air banyak sikit.

6. Biarkan mendidih dan garing, kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang!

Resipi Kacang Botol Goreng Belacan ini cukup sesuai untuk mereka yang sukakan sayur ringkas. Tambahan pula, cara memasaknya tak begitu renyah.

Rasa pedas yang memikat dengan kerangupan kacang botol pasti membuatkan anda berselera makan, silap-silap boleh bertambah nasi dibuatnya.

Jangan lupa untuk hidangkan Kacang Botol Goreng Belacan di rumah sebagai hidangan buat seisi keluarga pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber : Adam Abdullah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending