Connect with us

Tips Dan Petua

Ramai Tak Tahu Ubat Ini Ada Risiko Sebenarnya, Penjelasan Doktor dan Pakar Kongsi Tentang Ubat Punggung

Published

on

Ramai Tak Tahu Ubat Ini Ada Risiko Sebenarnya, Penjelasan Doktor dan Pakar Kongsi Tentang Ubat Punggung

Tiada apa yang lebih menggembirakan si ibu dan si ayah selain melihat anak yang dijaga dapat membesar dengan baik dan sihat.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan biarpun dengan pelbagai langkah-langkah penuh berhati-hati yang diambil, si anak tetap terdedah kepada penyakit tertentu, sekaligus menuntut pasangan suami isteri supaya mempunyai ilmu mengenai kesihatan anak-anak.

Antaranya adalah penggunaan ubat masuk punggung yang kami pasti setiap ibu bapa tidak tahu dan risau dengan teknik yang perlu digunakan sekiranya keadaan meminta mereka mengambil keputusan sedemikian.

Justeru, kali ini kami mahu berkongsi dengan anda penulisan yang disediakan oleh doktor-doktor terlatih daripada Klinik Avicenna mengenai beberapa perkara berkaitan ubat masuk punggung yang perlu anda tahu. Semoga bermanfaat.

Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita.

Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu:

1. Paracetamol, PCM (acetaminophen)

2. Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

1. Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.

2. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

1. Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

2. Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapan kami, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?

1. Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.

2. Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.
Bila nak guna Supp Voltaren?

1. Dalam kes allergic PCM.

2. Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

3. Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?

1. Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

2. Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.

3. Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.

4. Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

5. Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

Dos Penggunaan:

Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

1. Supp PCM 125mg:

6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp

4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

2. Supp PCM 250mg:

5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp

9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg.

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg boleh digunakan.

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yang tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul

1. Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).

2. Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.

3. Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.

Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan, ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

Sumber: Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Kangkung Dalam Bekas Air Bertakung, Mudah Dan Tak Perlu Kerap Siram

Published

on

Cara Tanam Kangkung Dalam Bekas Air Bertakung, Mudah Dan Tak Perlu Kerap Siram

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun di rumah, kangkung merupakan antara sayuran paling sesuai untuk dijadikan tanaman permulaan. Proses penanamannya tidak rumit dan tidak memerlukan banyak peralatan.

Menariknya, anda tidak perlu membeli benih khas untuk mula menanam. Cukup sekadar mendapatkan seikat kangkung dari pasar, asingkan bahagian batang dan pucuk, kemudian rendam selama beberapa hari sehingga akarnya mula tumbuh.

Selepas itu, batang kangkung tersebut sudah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman. Ada dua kaedah yang boleh dicuba, iaitu menanam menggunakan tanah atau membiarkannya tumbuh dalam bekas yang mempunyai air bertakung.

Kedua-dua teknik mudah ini dikongsikan oleh Fatimah Naamat. Jom ikuti langkah-langkahnya untuk mendapatkan bekalan kangkung segar yang boleh dipetik sendiri di rumah.

2 Kaedah Mudah Tanam Kangkung Menggunakan Tanah Dan Air Bertakung

Kangkung yang ditanam ini dikenali sebagai kangkung paya atau kangkung kampung. Ia merupakan jenis sayuran yang biasanya tumbuh secara semula jadi di kawasan berpaya dan kawasan tertentu di dalam hutan.

Di pasar tani, kangkung jenis ini kebiasaannya dijual pada harga sekitar RM2 seikat. Walaupun harganya tidak mahal, pembelian yang dilakukan setiap minggu tetap melibatkan perbelanjaan berulang, lebih-lebih lagi jika kangkung menjadi sayur kegemaran ahli keluarga.

Disebabkan sering membeli kangkung untuk kegunaan keluarga, penulis mengambil keputusan untuk mencuba menanamnya sendiri. Hasilnya, sedikit sebanyak perbelanjaan membeli sayur dapat dikurangkan setiap minggu. Jika dikumpulkan selama setahun, tentu jumlah penjimatan itu lebih terasa.

Selain menjimatkan wang, menanam kangkung sendiri juga memudahkan urusan memasak. Tidak perlu menunggu hari pasar tani kerana sayur boleh dipetik pada bila-bila masa apabila diperlukan. Jika sekadar mahu menyediakan mihun goreng, ambil sedikit kangkung dari pasu pun sudah mencukupi.

Berikut ialah dua pilihan kaedah penanaman kangkung yang boleh dilakukan dengan mudah di rumah.

Langkah-Langkah Cara Tanam Kangkung Dengan Mudah

1. Asingkan Pucuk Dan Batang Kangkung

Langkah pertama ialah menyediakan batang kangkung yang dibeli dari pasar. Ketika membersihkan sayur untuk dimasak, asingkan daun yang hendak digunakan dan simpan bahagian pucuk paling atas bersama batangnya untuk tujuan penanaman.

Jika batang yang disimpan masih mempunyai pucuk, proses pertumbuhan pokok kangkung biasanya menjadi lebih cepat. Namun, sekiranya pucuk tersebut tidak sengaja terpotong, jangan risau kerana batang kangkung masih boleh digunakan untuk ditanam dan berpotensi tumbuh dengan baik.

2. Rendam Batang Kangkung Selama Beberapa Hari

Seterusnya, masukkan batang kangkung yang telah diasingkan ke dalam bekas berisi air. Biarkan selama kira-kira 2 hingga 3 hari supaya akar baharu mula keluar.

Ada kalanya batang kangkung direndam sehingga seminggu sebelum dipindahkan ke dalam bekas tanaman. Tempoh yang lebih lama ini biasanya berlaku apabila tidak berkesempatan untuk melakukan kerja penanaman lebih awal.

Apabila akar mula kelihatan, batang kangkung sudah bersedia untuk ditanam menggunakan salah satu daripada dua kaedah berikut.

3. Pilih Salah Satu Daripada Dua Kaedah Penanaman

Selepas batang kangkung mengeluarkan akar, anda boleh memilih sama ada mahu menanamnya di dalam tanah atau menggunakan bekas yang membolehkan air bertakung. Kedua-duanya mudah dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan masa masing-masing.

Kaedah Pertama: Tanam Kangkung Menggunakan Tanah

Bagi kaedah ini, sediakan bekas tanaman yang mempunyai lubang saliran di bahagian bawah. Kemudian, isikan bekas tersebut dengan campuran tanah yang sesuai untuk pertumbuhan kangkung.

Campuran tanah yang digunakan ialah nisbah 1:1:1, terdiri daripada tiga bahan berikut:

  • 1 bahagian pasir.
  • 1 bahagian tanah merah.
  • 1 bahagian kompos.

Walau bagaimanapun, penggunaan pasir bukanlah sesuatu yang wajib. Jika tidak mempunyai pasir, anda masih boleh menyediakan campuran tanah tanpa bahan tersebut kerana kangkung merupakan tanaman yang memerlukan bekalan air yang banyak.

Setelah campuran tanah tersedia, tanam batang kangkung yang telah berakar ke dalam bekas tersebut.

Kaedah Kedua: Tanam Kangkung Dalam Bekas Air Bertakung

Selain menggunakan bekas berlubang, kangkung juga boleh ditanam dalam bekas yang tidak mempunyai lubang saliran. Teknik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual harian agak padat dan tidak selalu berkesempatan menyiram tanaman.

Caranya hampir sama seperti kaedah pertama. Masukkan campuran tanah menggunakan nisbah yang telah diterangkan sebelum ini ke dalam bekas tanaman. Perbezaannya, kali ini gunakan pasu atau bekas yang tidak ditebuk lubang di bahagian bawah.

Apabila tiada lubang saliran, air akan kekal bertakung di dalam bekas tersebut. Kelebihan kaedah ini ialah tanaman tidak memerlukan siraman yang terlalu kerap kerana bekalan air sudah tersedia di dalam bekas.

Walau bagaimanapun, ada satu perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Pastikan air yang bertakung tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Periksa keadaan bekas tanaman dari semasa ke semasa supaya tiada nyamuk bersarang di dalamnya.

Dalam perkongsian ini, terdapat dua pasu kangkung yang menggunakan kaedah berbeza. Satu pasu mempunyai lubang saliran, manakala satu lagi menggunakan bekas tanpa lubang yang membolehkan air bertakung.

Daripada pemerhatian penanam, kangkung yang ditanam dalam pasu berlubang kelihatan lebih cepat membesar dan mempunyai batang yang lebih gemuk berbanding tanaman dalam bekas air bertakung.

4. Letakkan Tanaman Di Kawasan Redup Selama 2 Minggu

Selepas selesai menanam, jangan terus meletakkan pasu kangkung di bawah cahaya matahari yang terik. Sebaliknya, tempatkan dahulu tanaman di kawasan yang redup selama kira-kira 2 minggu.

Apabila tempoh tersebut berlalu, barulah pindahkan pasu ke kawasan yang lebih panas dan mendapat cahaya matahari.

Perhatikan keadaan daun selepas tanaman terdedah kepada cahaya matahari. Jika daun kelihatan layu atau seperti melecur, alihkan semula pasu ke tempat yang lebih redup.

Pemantauan ini penting supaya anda dapat melihat kesesuaian keadaan persekitaran terhadap pertumbuhan pokok kangkung.

5. Kangkung Sudah Boleh Dituai Selepas 4 Minggu

Berita baiknya, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menikmati hasil tanaman sendiri. Kangkung yang ditanam boleh mula dituai selepas kira-kira 4 minggu.

Selepas tuaian pertama, anda boleh melakukan penuaian seterusnya dalam tempoh 2 minggu. Namun, tidak semestinya perlu mengikut jadual tersebut kerana kangkung juga boleh dipetik pada bila-bila masa apabila diperlukan untuk memasak.

Lebih menarik, bahagian batang dan pucuk yang dipotong ketika menuai boleh digunakan semula untuk tujuan penanaman. Dengan cara ini, anda boleh meneruskan penanaman tanpa perlu sentiasa mendapatkan batang kangkung baharu dari pasar.

Jika mahu memastikan bekalan kangkung sentiasa mencukupi, sediakan lebih banyak pasu tanaman. Anda boleh menanam beberapa pasu tambahan supaya hasilnya boleh dituai secara bergilir-gilir apabila diperlukan.

Kesimpulan: Tanam Kangkung Sendiri, Lebih Jimat Dan Mudah

Rupa-rupanya, cara tanam kangkung di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Dengan hanya menggunakan batang kangkung yang dibeli dari pasar, anda sudah boleh menghasilkan tanaman sendiri melalui proses rendaman selama 2 hingga 3 hari sehingga akar mula tumbuh.

Sama ada memilih kaedah menggunakan tanah atau bekas air bertakung, kedua-duanya boleh dicuba mengikut kesesuaian masing-masing. Jika tidak mempunyai banyak masa untuk menyiram tanaman, kaedah bekas tanpa lubang saliran boleh dijadikan pilihan, asalkan keadaan air sentiasa dipantau dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Dalam tempoh sekitar 4 minggu, kangkung sudah boleh mula dituai. Batang yang dipotong pula boleh ditanam semula untuk mendapatkan bekalan sayur yang berterusan.

Jadi, jika anda gemar makan kangkung, apa kata cuba tanam beberapa pasu di rumah? Selain dapat menikmati sayur yang segar, usaha kecil ini juga boleh membantu mengurangkan perbelanjaan membeli sayur setiap minggu.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Naamat

Continue Reading
Advertisement

Trending