Connect with us

Tips Dan Petua

Rupanya Banyak Khasiat Yang Terkandung Di Dalam Asam Keping.Jom Kita Cuba Petua Ini

Published

on

Rupanya Banyak Khasiat Yang Terkandung Di Dalam Asam Keping.Jom Kita Cuba Petua Ini

Petua dulu-dulu, Balik kampung baru ni Bonda ada jumpa sorang mak sedara. Tua dah. 93 tahun umur. Tapi sihat lagi. Telinga dengar, mata nampak. Boleh solat dan puasa lagi. Ceritanya dia dari muda tak pernah sakit kencing manis, darah tinggi atau jantung.

Bonda tanya apa petua dia amalkan. Dia pun bagitau ambil asam gelugur tiga keping rendam dalam air panas segelas. Bila dah suam boleh minum. Amalkanlah minum selalu.

Bonda tanya kalau orang yang dah sakit boleh ke minum. Dia kata boleh insya Allah badan akan semakin sihat.

Jom kita cuba petua ni.

Di antara khasiat asam gelugur seperti berikut:

1. Mengurangkan berat badan

Asam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides).

Penemuan terbaru mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.

Jom kami kongsikan resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan. Bahan-bahannya:

  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Satu helai daun pandan
  • 1 inci halia yang diketuk
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu halba
  • 1 biji lemon yang dihiris nipis

Caranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.

2. Mengawal kolesterol

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol.

HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan.

3. Tumor

Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.

4. Merawat masalah kecacingan

Amalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.

5. Masalah penghadaman

Digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

6. Mengecutkan rahim

Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambikannya:

Cara pertama:

Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya Allah perut buncit akan mengempis.

Cara kedua:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml – 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari. Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.

7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu, dan sebagainya.

8. Mengurangkan gejala reumatisme

Reumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain. Amalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.

9. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Selain itu buah tasam jawa dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.

10. Merawat sakit telinga

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

11. Meredakan sakit gigi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

12. Merawat kencong kotor

Asam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

13. Menurunkan suhu badan semasa demam

Jika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.

14. Membantu mencantikkan kulit

Khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.

15. Mengurangkan stress

HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stress.

16. Melancarkan menstruasi

Air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

17. Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

18. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Nah itulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu.

Semoga Manfaat!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Rahsia Air Basuhan Beras Menyuburkan Tanaman, Rupanya Lebih Berkhasiat Jika Diperam Dahulu!

Published

on

Rahsia Air Basuhan Beras Menyuburkan Tanaman, Rupanya Lebih Berkhasiat Jika Diperam Dahulu!

Penggunaan air basuhan beras untuk tanaman sebagai salah satu kaedah penjagaan pokok sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar aktiviti berkebun. Ramai yang mengamalkan petua ini kerana percaya air lebihan mencuci beras mampu membantu menyuburkan tanaman.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya kandungan yang terdapat dalam air basuhan beras sehingga ia dikatakan memberikan manfaat kepada pertumbuhan pokok?

Daripada sekadar mengikut petua yang diamalkan orang lain, lebih baik kita memahami terlebih dahulu khasiat dan kandungan di dalamnya. Dengan mengetahui bagaimana air basuhan beras berfungsi, kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih tepat untuk penjagaan tanaman.

Apakah Kandungan Nutrisi Dalam Air Basuhan Beras?

Bagi mereka yang gemar berkebun, mungkin sudah menjadi kebiasaan untuk mengumpulkan air basuhan beras sebelum menggunakannya bagi menyiram pokok. Tetapi sejauh manakah keberkesanan air ini dalam membantu pertumbuhan tanaman?

Secara asasnya, air basuhan beras mengandungi pelbagai nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tumbuhan. Antaranya termasuklah:

  • Nitrogen
  • Fosforus (Phosphorus)
  • Kalium (Potassium)
  • Kalsium (Calcium)
  • Zink (Zinc)
  • Zat besi (Iron)
  • Protein
  • Asid amino (Amino Acids)
  • Vitamin

Walau bagaimanapun, semua nutrien tersebut hanya terdapat dalam kuantiti yang agak rendah. Oleh sebab itu, air basuhan beras tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada baja biasa yang digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tanaman.

Bagi pokok bersaiz kecil atau tanaman hiasan yang diletakkan di dalam rumah (indoor plant), kandungan yang ada mungkin memberikan manfaat tertentu. Namun, jumlah nutriennya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tanaman yang lebih besar.

Jadi, jika kandungan nutriennya tidak begitu tinggi, apakah sebenarnya faktor yang menjadikan air basuhan beras begitu menarik untuk digunakan dalam penjagaan pokok?

Rahsia Air Basuhan Beras Terletak Pada Kandungan Kanji

Menariknya, kelebihan utama air basuhan beras bukanlah bergantung kepada jumlah nutrien yang terkandung di dalamnya. Sebaliknya, rahsia yang dikaitkan dengan manfaatnya kepada tanaman terletak pada kandungan kanji atau karbohidrat yang tinggi.

Kanji dalam air basuhan beras bukanlah bertindak sebagai sumber makanan utama untuk tumbuhan. Sebaliknya, bahan ini menjadi sumber makanan kepada bakteria bermanfaat yang dikenali sebagai Lactobacilli.

Bakteria ini mempunyai strain yang sama seperti bakteria yang terdapat dalam minuman probiotik Yakult. Kehadirannya amat berguna dalam ekosistem tanah kerana ia membantu menyokong perkembangan mikroorganisma lain yang memberikan manfaat kepada tanaman.

Antara mikroorganisma penting yang dikaitkan dengan proses ini ialah kulat mikoriza atau mycorrhizal fungi.

Bagaimana Kulat Mikoriza Membantu Menyuburkan Pokok?

Kulat mikoriza mempunyai hubungan yang saling menguntungkan dengan akar tumbuhan. Hubungan ini dikenali sebagai simbiosis antara tumbuhan dan kulat mikoriza (symbiotic relationship).

Melalui hubungan tersebut, kulat mikoriza membentuk rangkaian yang berhubung dengan sistem akar tanaman. Kehadirannya membantu merangsang perkembangan akar supaya menjadi lebih banyak, berkembang dengan lebih baik dan meliputi kawasan yang lebih luas.

Apabila sistem akar berkembang dengan lebih baik, keupayaan pokok untuk mendapatkan air dan nutrien daripada tanah juga boleh meningkat.

Selain membantu proses penyerapan tersebut, tumbuhan yang mempunyai hubungan dengan kulat mikoriza turut dikaitkan dengan beberapa kelebihan lain, antaranya:

  • Perkembangan akar lebih baik: Membantu merangsang pertumbuhan sistem akar yang lebih banyak dan meluas.
  • Penyerapan air meningkat: Rangkaian kulat membantu meluaskan kawasan penyerapan air oleh akar.
  • Pengambilan nutrien lebih berkesan: Membantu tumbuhan mendapatkan nutrien yang diperlukan daripada tanah.
  • Jangka hayat tanaman lebih panjang: Tumbuhan yang mempunyai hubungan dengan kulat ini berpotensi hidup lebih lama.
  • Lebih tahan terhadap patogen berbahaya: Membantu meningkatkan daya ketahanan pokok terhadap serangan patogen yang boleh memudaratkan tanaman.
  • Ketahanan terhadap kemarau: Membantu tumbuhan menghadapi keadaan kekurangan air dan cuaca kering yang melampau.

Inilah antara sebab kandungan kanji dalam air basuhan beras sering dikaitkan dengan manfaatnya kepada kehidupan mikroorganisma dalam tanah, yang seterusnya boleh menyokong pertumbuhan tanaman.

2 Cara Menggunakan Air Basuhan Beras Untuk Tanaman

Terdapat dua kaedah yang boleh diamalkan untuk menggunakan air basuhan beras sebagai salah satu bahan tambahan dalam penjagaan pokok. Kedua-duanya mudah dilakukan, cuma berbeza dari segi tempoh penyediaan.

1. Gunakan Terus Selepas Mencuci Beras

Kaedah pertama merupakan cara paling ringkas dan tidak memerlukan sebarang proses tambahan.

Caranya, kumpulkan air selepas selesai membasuh beras dan gunakan air tersebut untuk menyiram tanaman seperti biasa.

Kaedah ini sesuai bagi mereka yang mahukan cara mudah untuk memanfaatkan air lebihan basuhan beras tanpa perlu menunggu beberapa hari.

2. Peram Air Basuhan Beras Selama 3 Hari

Kaedah kedua pula ialah dengan membiarkan air basuhan beras diperam terlebih dahulu sebelum digunakan. Inilah cara yang biasa diamalkan kerana tempoh peraman dikatakan memberikan hasil yang lebih baik.

Langkah penyediaannya juga tidak rumit. Selepas mengumpulkan air basuhan beras, simpan dan biarkan ia diperam selama 3 hari.

Menurut perkongsian petua ini, tempoh tersebut merupakan waktu yang dikatakan mempunyai jumlah mikroorganisma bermanfaat paling tinggi. Malah, kandungan nutrien untuk tanaman juga dilaporkan boleh meningkat sehingga 2 kali ganda berbanding air yang digunakan terus selepas mencuci beras.

Namun begitu, tempoh peraman perlu diberikan perhatian. Jika dibiarkan melebihi 3 hari, jumlah nutrien yang terkandung di dalamnya dikatakan akan mula berkurangan.

Selepas selesai proses peraman, air tersebut bolehlah digunakan untuk menyiram tanaman.

Berapa Kerap Air Basuhan Beras Boleh Digunakan?

Walaupun air basuhan beras mempunyai potensi memberikan manfaat kepada tanaman, penggunaannya tidak boleh dilakukan secara berlebihan.

Kekerapan yang disarankan ialah sekali setiap 2 minggu. Jarak masa ini penting supaya penggunaan air basuhan beras tidak memberikan kesan yang kurang baik terhadap keadaan tanah dan kesihatan akar pokok.

Penggunaan terlalu kerap boleh menyebabkan kanji terkumpul dalam jumlah yang berlebihan di dalam tanah. Keadaan ini berpotensi menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang tidak baik untuk tanaman.

Antara masalah yang boleh timbul akibat penggunaan berlebihan termasuklah:

  • Reput akar (root rot): Keadaan yang boleh menjejaskan kesihatan akar dan menyebabkan tanaman mengalami masalah pertumbuhan.
  • Tanah menjadi keras: Pengumpulan bahan berlebihan boleh menyebabkan keadaan tanah menjadi kurang baik.
  • Air sukar meresap: Tanah yang menjadi keras boleh menyukarkan air daripada meresap dengan sempurna.

Oleh itu, walaupun bahan ini mudah diperoleh dan tidak memerlukan kos tambahan, pastikan penggunaannya dilakukan secara sederhana. Elakkan daripada menyiram tanaman terlalu kerap semata-mata kerana mahu mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Kesimpulan: Manfaatkan Air Basuhan Beras Dengan Cara Yang Betul

Air basuhan beras bukan sekadar air lebihan selepas mencuci beras. Ia mengandungi beberapa nutrien dan mineral, selain kanji yang boleh menjadi sumber makanan kepada bakteria bermanfaat seperti Lactobacilli.

Peranan mikroorganisma ini dalam menyokong perkembangan kulat mikoriza menjadi antara faktor yang dikaitkan dengan manfaat air basuhan beras kepada pertumbuhan akar, penyerapan air dan nutrien serta ketahanan tanaman.

Jika ingin mencuba petua ini, anda boleh memilih untuk menggunakan air tersebut sebaik sahaja selesai mencuci beras atau membiarkannya diperam selama 3 hari terlebih dahulu. Untuk penggunaan seterusnya, amalkan siraman setiap 2 minggu dan elakkan penggunaan secara berlebihan.

Namun, perlu diingat bahawa air basuhan beras bukan pengganti baja tanaman. Gunakannya sebagai bahan tambahan dalam rutin penjagaan pokok dan teruskan pembajaan mengikut keperluan tanaman masing-masing.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan menjadi panduan berguna buat semua yang gemar berkebun. Selamat mencuba!

Sumber: Harun Arun

Continue Reading
Advertisement

Trending