Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!

Published

on

Cara Baiki Kipas ‘Stand’ Yang Berputar Perlahan Jadi Laju. Tak Payah Beli Baru!

Macam kipas siling kat rumah, lepas beberapa lama guna kipas ‘stand’ juga akan sampai masa tiba-tiba putarannya jadi perlahan.

Walau pun tekan pada kelajuan maksimum tapi putarannya punyalah syahdu. Dengan cuaca kita yang sentiasa panas, mana boleh tahan dengan kipas macam ni.

Jadi mahu tak mahu kena baiki, takkan asyik nak beli baru je kan. Untuk manfaat kita @ lutfyhady berkongsi dengan kita cara baiki kipas yang perlahan ini.

Cara Baiki Kipas Yang Dah Slow Kepada Kelajuan Asal

ARTIKEL LAIN : Kipas Siling Yang Perlahan Akan Jadi Laju, Tukar Satu Alat Ini Saja. Tak Perlu Beli Baru

1. Bukak sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.

2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.

3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).

4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.

6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.

7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.

8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.

9. Siap semua skru balik mcm asal.

Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-

  1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
  2. Replace ikut tips di atas
  3. Pasang semua balik. Selesai !

Ok dah laju

Semoga Manfaat!

Sumber : @lutfyhady

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Kenapa Biji Benih Cili Tak Tumbuh? Ini Punca Sebenar & Cara Semaian Supaya Cepat Berjaya

Published

on

Kenapa Biji Benih Cili Tak Tumbuh? Ini Punca Sebenar & Cara Semaian Supaya Cepat Berjaya

Menanam cili dari biji benih nampak mudah, tetapi realitinya ramai yang gagal pada peringkat awal semaian. Benih sudah direndam, dipilih yang tenggelam, tetapi masih juga tidak bercambah atau tumbuh sangat lambat.

Situasi ini memang biasa berlaku terutama kepada yang baru cuba berkebun di rumah. Sebenarnya, masalah ini bukan semata-mata pada benih, tetapi melibatkan beberapa faktor penting yang sering diabaikan.

Punca Biji Benih Cili Gagal Tumbuh

Untuk memastikan semaian berjaya, kita perlu faham terlebih dahulu kenapa benih cili tidak bercambah seperti yang diharapkan.

1. Kualiti benih yang kurang baik

Benih cili yang berkualiti rendah mempunyai kadar percambahan yang rendah. Walaupun rupa benih nampak elok, ia belum tentu mampu tumbuh dengan baik.

2. Benih terlalu lama atau cara simpanan salah

Biji benih cili sangat sensitif terhadap suhu dan tempoh penyimpanan. Jika disimpan pada suhu bilik terlalu lama, kadar percambahan boleh menurun dengan ketara.

Untuk hasil lebih baik, benih disarankan disimpan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) supaya kesegarannya kekal lebih lama.

3. Teknik semaian tidak sesuai

Cili dikenali sebagai tanaman yang agak “sensitif” ketika peringkat awal. Jika teknik semaian tidak betul, benih akan lambat bercambah atau terus gagal hidup.

Penggunaan medium semaian juga sangat penting. Peatmoss sering disarankan kerana ia lebih ringan, bersih dan mudah membantu akar berkembang.

Teknik Semaian Cili Yang Lebih Berkesan

Untuk meningkatkan kadar kejayaan, beberapa teknik asas perlu diberi perhatian:

  • Gunakan biji benih yang berkualiti dan masih baru
  • Pilih medium semaian yang sesuai seperti peatmoss
  • Pastikan kelembapan sentiasa stabil
  • Elakkan media terlalu basah atau terlalu kering

Teknik “Heating” Untuk Percambahan Lebih Sekata

Salah satu teknik yang digunakan oleh ramai penanam ialah teknik “heating” atau pembungkusan tray semaian.

Caranya mudah, tray semaian dibungkus selama beberapa hari untuk mengekalkan suhu yang sedikit lebih tinggi berbanding persekitaran biasa.

Keadaan ini membantu mengaktifkan benih yang “tidur” supaya bercambah lebih serentak. Hasilnya, anak pokok cili akan tumbuh lebih sekata dan sihat.

Tips Tambahan Supaya Semaian Cili Lebih Berjaya

Selain teknik asas, beberapa perkara kecil juga memainkan peranan penting:

  • Elakkan dedahan cahaya matahari terus pada peringkat awal
  • Pastikan aliran udara baik tetapi tidak terlalu kuat
  • Gunakan air semburan halus untuk kekalkan kelembapan
  • Jangan terlalu kerap mengganggu biji yang baru disemai

Ringkasan Paling Penting

Jika mahu benih cili tumbuh dengan baik, tiga perkara utama perlu dijaga:

  • Kualiti biji benih yang baik
  • Cara simpan benih yang betul
  • Teknik semaian yang sesuai

Apabila semua faktor ini dijaga dengan betul, kadar percambahan akan jauh lebih tinggi dan seragam.

Penutup

Semaian cili sebenarnya tidak sukar, cuma memerlukan sedikit pemahaman tentang keperluan asas benih. Dengan teknik yang betul, sesiapa sahaja boleh menghasilkan anak pokok cili yang sihat walaupun hanya di rumah.

Semoga panduan ini membantu anda yang sedang cuba menanam cili sendiri dan mahu melihat hasil yang lebih berjaya 🌶️

Continue Reading
Advertisement

Trending