Connect with us

Tips Dan Petua

Pastikan Betul Ini Panduan Jenis Extension Wire Yang Sesuai Dan Tak Sesuai Dipasang Di Rumah

Published

on

Pastikan Betul Ini Panduan Jenis Extension Wire Yang Sesuai Dan Tak Sesuai Dipasang Di Rumah

Tahukah anda bahawa ada sesetengah plug dan wire yang tidak sesuai digunakan dan menjadi punca kebakaran rumah? Oleh itu, ini perkongsian jenis extension wire yang sesuai dan tak sesuai dipasang di rumah bagi mengelakkan electric shock dan kebakaran!

JENIS EXTENSION WIRE YANG SESUAI & TAK SESUAI DIPASANG, ELAK KEBAKARAN!

Atas permintaan & Ramai yang masih was-was so saya share sekali lagi. Info penting..Hello selamat sejahtra geng selain daripada pos gambar projek..hari ni saya nak share sedikit tentang keselamatan. Hari ni saya share tentang peralatan ( wire penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.

1.Gambar A ( extension wire) wire penyambung

Benda ni sangat practikal digunakan di rumah. Mudah senang dan murah..akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dengan alat elektrik yang anda pakai. Wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.

Penting:

1.Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.

2. Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)

2.Gambar B : 3 pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)

Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk Tv, radio, computer, peti sejuk dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital. Kalau boleh beli Adaport ..ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik di dalamnya. Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik..

3.Wire cord tidak kemas

Pastikan wire anda tidak seperti gambar 3. Ini adalah kerana wire anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.. pastikan cuma salutan luar.

 

Terakhir, jangan sekaki beli barangan elektik yang murah di kedai discount..ini adalah ianya tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO, oh ya…vacuum kalau guna kena tarik habis wirenya..kalau tak vacuum mudah panas dan rosak.. Akhir sekali UTAMAKAN KESELAMATAN.

Sumber: James Hukala

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending