Connect with us

Tips Dan Petua

Nak Perut Kempis Minumlah Detok Timun Sebelum Tidur

Published

on

Nak Perut Kempis Minumlah Detok Timun Sebelum Tidur

Lemak di perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia berpunca daripada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovas ku lar, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan macam-macam lagi.

Okay senaman merupakan cara terbaik untuk masalah ini tetapi pada sesiapa yang tidak mempunyai masa yang cukup, mungkin boleh amalkan minuman detok timun untuk membakar lemak di bahagian perut.

Ya. Timun. Untuk pengetahuan anda, timun merupakan tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, malah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia. Selain dijadikan sebagai makanan sampingan,

Nak Perut Kempis Minumlah Detok Timun Sebelum Tidur

ARTIKEL LAIN : Jimat Kos Dan Berkesan Putihkan Wajah Dengan Beras Pulut

Tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda dan mampu bantu anda dapatkan perut kempis?

1. Minuman ini merang sang penyahtok sikan dan penyingkiran tok sik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radi kal bebas dan lain-lain sebatian tok sik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempercepatkan proses pemba karan lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan untuk menyediakan minuman detoks adalah sangat mudah, anda hanya perlu sediakan 1/2 biji lemon, 1 biji timun, segenggam daun parsley, 1 sudu kecil halia yang diparut dan 1/3 air masak.

Selepas itu, campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Insyallah jika dijadikan rutin hasilnya amat menakjubkan.

Selamat Mencuba Semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending