Connect with us

Tips Dan Petua

Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula Sejam Hilang Semua Ini Cara Mudah Keluarkan

Published

on

Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula Sejam Hilang Semua Ini Cara Mudah Keluarkan

Takkan nak buang pula kan. Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula. Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.

Satu balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.

Hukvm Makan Semut

ARTIKEL LAIN : 3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul

Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai b4ngkai; m4tinya tidak disemb3lih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau m4ti.

Kita juga dilarang untuk membvnvh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membvnuh empat binatang yang melata: semut, lebah, hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”

Riwayat Ahmad (3066), hadis sahih.

Cara Mudah Keluarkan Semut

1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.

2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.

3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.

4. Sebaiknya periksa jika ada semut m4ti yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.

Ini hasilnya selepas sejam.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.

Sumber : Ameera

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Published

on

Buat Sendiri Ikan Pari Bakar, Guna Cara Ini Buat Sambal Yang Sedap & Mudah

Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.

Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.

Cara Buat Ikan Pari Bakar Dengan Sambal Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut -dimayang halus
  • Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi

Cara membuat

1. Cuci bersih ikan pari dan tos.

2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.

3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.

5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.

6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.

Selamat mencuba

Sumber: Erma Azizie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending