Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Yang Paling Mudah, Cantik dan Gebu

Published

on

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah Yang Paling Mudah, Cantik dan Gebu

Bila sebut pasal kuih apam kampung, automatik teringat kenangan dulu-dulu. Ada sesetengah orang akan makan apam ini untuk sarapan pagi atau minum petang.

Walaupun sekarang sudah ada banyak kuih moden, kuih klasik seperti ini tetap menjadi pilihan hati. Cicah pula dengan kopi O, memang layan betul!

Kalau ada yang mengidam nak makan, jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Nordiana Ab Kadil di bawah. Menarik bukan? Jadi, jangan lupa cuba!

Cara Buat Apam Kampung Gula Merah

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cheese Cake Paling Senang, Cuma Guna 3 Bahan Saja. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba

Bahan air gula

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan

(campurkan semua kemudian masak hingga larut lepas itu tapis dan sejukkan)

Bahan yis

  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 11 gm yeast mauripan
  • 1/2 cawan air suam
  • ( kacau rata selama 5minit atau hingga berbuih, biarkan sekejap seperti gbr)
  • 4 cawan tepung gandum
  • Kelapa parut dicampur dengan secubit garam

Cara-cara :

1. Siapkan bekas yang besar kemudian masukkan tepung gandum masukkan air gula yang telah suam lepas itu kacau hingga sebati.

2. Apabila sudah sebati masukkan bahan yis tadi dan gaul hingga sebati kemudian perap selama lebih kurang 1 jam.

3. Siapkan loyang yang sudah disapukan minyak dan tuang adunan ke dalam loyang, supaya air kukusan tidak menitis pada apam tutup loyang dengan kain.

4. Kukus adunan dengan api besar selama 35 – 45 minit atau hingga masak. (Pastikan pengukus dah dipanaskan terlebih dahulu)

5.Angkat dan biarkan sejuk dahulu baru potong.

6.Tabur kelapa parut tadi.Sedia utk di makan.

Selamat mencuba

Sumber : Nordiana Ab Kadil

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending