Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Sos Pencicah Thai Sedap & Mudah. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi

Published

on

Resipi Sos Pencicah Thai Sedap & Mudah. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi

Sos cili thai/pencicah thai antara sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan. Rasanya yang pedas, masam dan manis. Jika anda ke restoran thai sos ini dijadikan sos pececah utama bagi menu-menu mereka. Sos ini sangat sesuai dihidangkan dalam pelbagai menu seperti ayam/daging bakar, keropok ikan, sotong celup tepung dan lain-lain.

Bagi mereka yang suka makan makanan rebus dan bakar anda boleh buat sendiri sos pencicah thai ini. Makan dengan sos ini memang sedap. Resepi perkongsian Siti Zubaidah Ibrahim ini boleh anda ikuti. Confrim menjadi

Saya kongsikn untuk semua, yang ni saya buat untuk kuantiti yang banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nak makan ambik je. Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI PENCICAH THAI YANG SEDAP & MUDAH DISEDIAKAN

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN :

  • 7-8 ulas bawang putih
  • Cili padi hijau & merah – jumlahnya bergantung pada kepedasan masing-masing
  • Akar pakchi / ketumbar secukupnya
  • Daun ketumbar – hiris / cincang halus
  • 6-7 biji limau nipis
  • 2 1/2 sudu makan sos ikan
  • Gula dan garam secukupnya – jika perlu

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Cincang halus @ tumbuk bawang putih, cili padi dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.

2. Perah jus limau nipis dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.

3. Masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul rata.

4. Jika sos pencicah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air suam.

5. Sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Siti Zubaidah Ibrahim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Published

on

Cara Olah Aloe Vera Jadi Jeli untuk Minuman Segar & Sihat di Rumah

Pokok aloe vera atau lidah buaya semakin popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mempunyai pelbagai manfaat. Selain digunakan untuk penjagaan kulit seperti merawat luka dan masalah kulit ringan, tumbuhan ini juga boleh diolah menjadi jeli yang enak untuk dicampurkan dalam minuman.

Dengan tekstur kenyal seperti jeli dan rasa yang menyegarkan, aloe vera bukan sahaja menambah kelazatan minuman tetapi juga memberi manfaat kesihatan, termasuk membantu sistem penghadaman dan menyokong kesihatan kulit.

Jika anda mempunyai pokok aloe vera di rumah, ini masa terbaik untuk memanfaatkannya dengan cara yang lebih kreatif dan berkhasiat.

Cara Sediakan Jeli Aloe Vera

  1. Ambil kira-kira 5 pelepah aloe vera yang segar dan basuh sehingga bersih.
  2. Pastikan daun tidak mempunyai bintik atau kerosakan kerana ia tidak sesuai untuk dimakan.
  3. Potong bahagian tepi daun untuk membuang duri menggunakan pisau dengan berhati-hati.
  4. Rendam pelepah aloe vera dalam air garam selama beberapa minit untuk mengeluarkan getah kuning (lateks) yang tidak sesuai dimakan.
  5. Ambil isi aloe vera dan potong kecil berbentuk dadu.
  6. Rendam sekali lagi dalam air garam atau air kapur sirih bagi membantu menyingkirkan lendir dan baki getah.
  7. Basuh semula dengan air bersih sehingga benar-benar bersih.
  8. Rebus isi aloe vera dalam air mendidih selama beberapa minit sahaja, kemudian toskan.

Jeli Aloe Vera Sedia Digunakan

Selepas proses pembersihan dan perebusan, isi aloe vera kini sedia untuk digunakan sebagai campuran dalam pelbagai jenis minuman.

Teksturnya yang kenyal serta rasa yang neutral menjadikannya sesuai dicampur dalam minuman sejuk dan menyegarkan.

Idea Minuman Dengan Aloe Vera

  • Sirap limau ais + jeli aloe vera
  • Air laici sejuk + aloe vera
  • Minuman soda buah-buahan
  • Air detox campuran buah

Kelebihan Aloe Vera Dalam Minuman

Aloe vera bukan sahaja menyegarkan, malah dipercayai mengandungi nutrien yang membantu kesihatan kulit dan sistem penghadaman. Pengambilan secara sederhana boleh menjadi alternatif minuman sihat di rumah.

Penutup

Aloe vera yang ditanam di rumah sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya untuk kegunaan luaran tetapi juga sebagai bahan minuman yang menyegarkan.

Dengan cara penyediaan yang betul, anda boleh menikmati jeli aloe vera yang sedap, sihat dan mudah dibuat sendiri di rumah.

Continue Reading
Advertisement

Trending