Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Sosej Sedap Tanpa Pengawet. Lebih Bersih & Dijamin Halal

Published

on

Buat Sendiri Sosej Sedap Tanpa Pengawet. Lebih Bersih & Dijamin Halal

Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni.

Sosej homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi pengawet berbahaya dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya.

Nampak menarik kan? Jom cuba resepi perkongsian saudari Rosmirah Yussof ni. Memang terbaik!

RESEPI SOSEJ HOMEMADE SEDAP & MUDAH

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul dada ayam
  • 1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
  • 3 batang daun sup
  • 1 ulas bawang besar – dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • 1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam)
  • Sebiji telur
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu teh daun oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:

1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.

2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.

3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.

4.Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.

5. Gunting bahagian hujung plastik.

6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.

7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.

8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.

9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.

10. Adunan yang telah siap dibungkus.

11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.

12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.

13. Buka pembalut sosej.

14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.

15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.

16. Sosej yang telah siap digoreng. Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Tauhu Homemade Guna 3 Bahan Saja, Dijamin Bersih, Halal & Lebih Jimat

Sumber : Rosmirah Yussof

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending