Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Masak Lamb Chop Lembut Elok, Lengkap Dengan Resepi Sampingan Lain!

Published

on

Cara Masak Lamb Chop Lembut Elok, Lengkap Dengan Resepi Sampingan Lain!

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Barat, antara menu yang menjadi pilihan ramai sudah semestinya lamb chop. Menu ini bukan sahaja ‘kena’ dengan tekak orang Melayu malah mengenyangkan juga apabila dihidangkan bersama kentang putar dan salad. Tapi, nak juga masak menu ini di rumah mengikut resepi lamb chop yang paling mudah dan sedap bukan?

Jadi, jom cuba perkongsian resepi dari Nazri Mat Zain di laman Facebook ini apabila dia berkongsikan juga resepi menu sampingan seperti mashed potato dan coleslaw paling senang.

RESEPI LAMB CHOP MUDAH DAN PADU

ARTIKEL LAIN : Tip Simpan Lauk Mentah Dalam Plastik Ziplock Lagi Cepat Defrost. Rasa Manis Lauk Pun Tak Hilang

Bahan-bahan Lamb:

  • -Lamb 10 pcs (keping) – dibasuh hingga bersih dan toskan
  • -Masukkan lamb ke dalam bekas yang sesuai
  • -Masukkan bawang putih 4 ulas (tumbuk hingga halus)
  • -Masukkan sos tomato 1/2 cawan
  • -Masukkan sos tiram 3/4 cawan
  • -Masukkan sos cili 1 cawan
  • -Masukkan kicap pekat manis 1 cawan
  • -Masukkan L&P sos (Lea n Perrin sos) – renjis-renjis saja
  • -Masukkan lada hitam kisar 2 sudu besar
  • -Tak perlu letak garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara:

1.Gaul kesemuanya dan masukkan dalam bekas dan perap beberapa jam. Lagi lama lagi sedap…

2.Untuk mulakan memasak, boleh guna pan fry – masukkan sedikit minyak masak. Susunkan lamb di atas pan fry termasuk dengan sos perapan tadi – Api perlahan saja.

3.Alih-alihkan lamb tersebut – masak hingga betul-betul masak. Lamb ini masak tak perlu lama sebab daging dia memang lembut. Lamb chop tak perlu nak masak sampai garing bagai.

4.Dah masak angkat dan letakkan di dalam pinggan – masa letak di dalam pinggan tu masukkan sos yang kita masak sekali dengan lamb tadi. Ulang lagi masak macam tu hingga habis. Masa nak ulang masak ni tak perlu letakkan minyak dalam pan fry lagi. Siap untuk dihidangkan…

Cara-cara Mashed Potatoes:

  1. Guna US potato 4 biji – optional
  2. Potong dadu dan rebus
  3. Dah empuk angkat dan toskan
  4. Masukkan dalam bekas dan lenyek hingga halus
  5. Masukkan 2 SB butter
  6. Masukkan 1/2 @ 1 cawan susu full cream dan sedikit garam
  7. Masukkan serbuk lada hitam 1 sudu besar
  8. Kacau sentiasa di atas api perlahan
  9. Agak-agak dah masak tutup api. Boleh dihidangkan.

Bahan-bahan Sos Black Pepper :

  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2~3 cawan air
  • 5 sudu besar kicap manis
  • Sos tiram 1@2 sudu besar
  • Black pepper 1 sudu besar
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam, penambah rasa dan gula secukup rasa

Cara-cara

1.Panaskan butter hingga cair

2.Masukkan tepung gandum 2 sudu besar dan kacau hingga berketul-ketul

3.Masukkan 2@3 cawan air

4.Masukkan 5 sudu besar kicap pekat manis

5.Masukkan 1@2 sudu sos tiram

6.Masukkan kiub pati ayam sebiji

7.Masak hingga sos didih dan pekat

8.Rasa dulu, baru masukkan garam, aji dan gula. Sos dah siap boleh makan dengan mashed potatoes

Cara-cara buat Coleslaw

  • 2 biji carrot – diparut
  • 1/4 @ 1/2 biji kobis – Potong halus-halus
  • Campurkan kedua-dua sayur
  • Ambil sayur tu dalam segenggam atau lebih, sebiji bawang Holland dan masukkan ke dalam blender
  • Masukkan susu full cream dutch lady 1/2 cawan, dan blend sekejap jangan terlalu halus ya
  • Tuang dalam bekas dan campur dengan baki sayur tadi
  • Masukkan mayonnaise lebih kurang 1/2 cawan, sedikit garam, cuka mkn 1 SB dan gaul bagi rata.
  • Masukkan dalam peti ais dan hidangkan sejuk-sejuk sedap.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Sardin Secara ‘Homemade’. Tak Perlu Beli Sardin Tin Lagi

Sumber: Nazri Mat Zain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Published

on

Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur, Mudah Tanpa Tanah & Sesuai Untuk Rumah Kecil

Daun bawang memang antara bahan dapur yang sentiasa digunakan dalam masakan harian. Sama ada dalam sup, nasi goreng atau tumisan, aromanya mampu menaikkan rasa hidangan dengan mudah.

Disebabkan kegunaannya yang kerap, ramai yang memilih untuk menanam sendiri di rumah. Menariknya, anda sebenarnya tidak memerlukan tanah pun untuk menanam daun bawang. Hanya menggunakan sarang telur, anda sudah boleh menghasilkan daun bawang segar sendiri.

Bahan Yang Diperlukan

  • Bawang merah (lebih baik yang sudah bertunas atau berakar)
  • 4 sarang telur jenis kertas
  • Air (spray lebih mudah digunakan)
  • Gunting atau pisau kecil

Langkah Mudah Tanam Daun Bawang Guna Sarang Telur

1. Sediakan Bawang

Ambil bawang merah dan potong sedikit di bahagian atas serta bawah. Langkah ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas daun bawang.

2. Susun Sarang Telur

Ambil empat sarang telur kertas dan susun bertindan supaya lebih kukuh. Tekan sedikit agar ia stabil dan tidak mudah jatuh.

3. Buat Lubang Untuk Bawang

Gunakan gunting atau pisau kecil untuk membuat lubang pada setiap petak sarang telur. Pastikan lubang cukup untuk meletakkan bawang dengan stabil.

4. Lembapkan Sarang Telur

Sembur air ke seluruh sarang telur sehingga lembap. Ini penting supaya medium dapat menyerap air dengan baik untuk pertumbuhan bawang.

5. Letak Bawang & Siram

Masukkan satu biji bawang ke dalam setiap lubang. Kemudian sembur air sekali lagi secara ringan supaya kelembapan kekal terjaga.

6. Letak Di Tempat Sesuai

Letakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sederhana. Jika berada di tempat teduh, pastikan siraman tidak berlebihan untuk elak masalah kulat atau serangga.

Penjagaan Harian

Sembur air dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Dalam beberapa hari sahaja, daun bawang akan mula tumbuh dan boleh dipotong untuk digunakan dalam masakan.

Kelebihan Kaedah Ini

  • Tidak memerlukan tanah langsung
  • Jimat ruang dan sesuai untuk rumah atau balkoni kecil
  • Menggunakan bahan kitar semula (mesra alam)
  • Daun bawang boleh dituai berulang kali

Kesimpulan

Menanam daun bawang menggunakan sarang telur adalah kaedah yang sangat mudah, murah dan mesra alam. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti berkebun di rumah tanpa memerlukan ruang besar atau peralatan rumit.

Selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending